GUP SARAWAK

PendahuluanCarta RMTSenarai Peserta dan AkujanjiKemajuan Semasa
Kemajuan Semasa
2012201320142015201620172018
STATUS PERTUMBUHAN POKOK

Pertumbuhan pokok di Kg. Rambungan adalah baik. Bancian ukurlilit 60 bulan telah selesai dijlanakan dengan bacaan purata ukurlilitan batang adalah 44.7 sentimeter. Walaupun sebanyak 7 kebun telah boleh dibuka toreh, berikutan harga getah yang jatuh ketika ini peserta terlibat telah menyuarakan hasrat mereka untuk mula menoreh pada tahun hadapan. Untuk Rh. Long iman, pertumbuhan juga dilaporkan baik dengan bancian ukurlilitan batang 48 bulan adalah sebanyak 35.9 sentimeter.

Kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan kebun telah dan sedang dijalankan oleh peserta di kebun masing-masing.

Tanaman getah di Kg. Rambungan.


PENYAKIT DAN PEROSAK

Serangan penyakit akar putih dan serangan anai-anai merupakan serangan yang dilaporkan berlaku agak serius di semua lokasi projek. Khusus di Rh. Long Iman, Sarawak pemantauan ke atas rawatan penyakit akar putih juga dibuat di kebun-kebun peserta dan didapati serangan masih lagi berlaku. Rawatan akar menggunakan Decade 25 ce (propiconazole). Kajian kes telah dibuat di sebanyak 5 kebun dengan kadar serangan parah melibatkan sebanyak 47 pokok rawatan.

Rawatan penyakit akar sedang dijalankan (di RH. Long Iman)

PEMBINAAN PMG

Stor sedia di Kg. Rambungan dicadangkan dibuat pengubahsuaian untuk dijadikan PMG dan akan dilaksanakan pada tahun 2019. Untuk Rh. Long Iman, kebun peserta baru memasuki ke 48 bulan dan tiada keperluan setakat ini.

Stor yang dicadangkan diubahsuai untuk dijadikan PMG.

STATUS PENOREHAN

Sebanyak 7 buah kebun di Kg. Rambungan melibatkan keluasan 14 hektar dilaporkan sedang dibuka toreh pada Disember 2018.


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan