Program Getah Untuk Pribumi (GUP) ini adalah satu inisiatif LGM seiring dengan EPP 1 dalam NKEA untuk meningkatkan produktiviti nasional ke 2,000 kg/ha/tahun. Objektif GUP ini adalah:-
Projek GUP di Perak, melibatkan sebanyak tiga buah kampung dengan keluasan 64.6 hektar dan seramai 94 orang peserta telah terpilih melibatkan Kg Sg Pelantok (60 orang), Kg Pisang (30 orang) dan Kg Chengkei ( 4 orang). Klon-klon yang akan dibekalkan kepada peserta adalah daripada klon yang berpenghasilan tinggi iaitu klon RRIM 2002, RRM 3001 dan PB 350.
Sehingga Januari, 64.6 hektar (100%) kawasan telah siap dibersihkan dan seluas 46.5 hektar kawasan telah siap ditanam anak benih getah. Dianggarkan kira-kira 3% daripada luas kebun peserta yang siap bertanam di Kg Sg Pelantok telah diserang babi hutan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah menghalang serangan tersebut telah dibuat oleh peserta.
Sehingga November, keseluruhan kewasan telah siap dibersihkan. Agihan benih dilakukan secara berperingkat mengikut kampong. Setakat ini 22,200 pokok telah siap dibekal kepada peserta di Kg Sg Pelantok dengan pecahan klon PB350 (13,320), RRIM 2002 (6,660)dan RRIM 3001 (2,220) dan sebanyak 3,000 pokok telah dibekalkan kepada peserta di Kampung Pisang dan akan mula membekalkan pokok di Kg Chengkei setelah kerja-kerja membekalkan pokok di Kg Pisang selesai sepenuhnya.
Kerja-kerja menanam sedang dijalankan oleh peserta di Kg Sg Pelantok. Secara keseluruhannya 60% kawasan telah ditanam dan dijangka siap menanam pada akhir pada Disember 2013.
Sehingga September, pembersihan kawasan telah 80% siap dan kerja-kerja membaris dan melubang bersama peserta telah 50% siap. Enam ribu benih polibeg klon PB 350 sudah dibekalkan ke Kg. Sg. Pelantok. Pembekal akan menghantar sebanyak 3,000 pokok setiap minggu sehingga selesai. Kerja menanam akan dimulakan setelah latihan menanam dibuat pada Oktober 2012.
Sehingga akhir Julai 2012, kira-kira 70% peserta telah selesai membuat pembersihan kawasan. Mereka kini sedang menerima latihan bagaimana menyediakan barisan dan lubang tanaman getah mengikut teknologi yang disyorkan. Ini diikuti dengan kerja-kerja penyediaan teres dan meracun anak-anak kayu. Kerja-kerja menanam dijangka bermula pada awal atau akhir September 2012.