Bahasa  English  Others   A-   A+
 

GUP PERAK

IntroductionRMT ChartParticipant ListCurrent Progress
Current Progress
2012201320142015201620172018
STATUS PERTUMBUHAN POKOK

Tahun 2018, pertumbuhan pokok getah di Kg. Sg. Pelantok dan Kg. Pisang telah memasuki umur 60 bulan. Purata ukuran lilitan batang adalah 41.7 bagi Kg. Sg. Pelantok, 37.9 sm bagi Kg. Pisang dan 39.1 sm bagi Kg. Chenkei. Untuk Kg Perah, bancian pra torehan telah dijalankan bagi membuat persediaan untuk dibuka toreh. Bacaan purata lilitan batang adalah 41.7 sm. Dilaporkan untuk Kg Sg Perah, 2 kebun telah boleh dibuka toreh kerana lebih 70% telah mencapai 45 sm. Kerja-kerja penyelenggaraan kebun telah dan sedang dijalankan oleh peserta di kebun masing-masing. Latihan kepada peserta mengenai pembukaan panel torehan telah dilakukan kepada kebun-kebun yang telah boleh dibuka toreh.



PENYAKIT DAN PEROSAK

Serangan penyakit cendawan angin, penyakit akar putih dan serangan anai-anai merupakan tiga serangan yang dilaporkan berlaku agak serius di semua lokasi projek GUP. Pemantauan juga dibuat selepas rawatan diberikan bagi memastikan kadar serangan berkurangan. Walau bagaimanapun, masih terdapat serangan di lokasi yang sama.

PEMBINAAN PMG

PMG yang dicadang adalah tidak berskala besar dan berkonsepkan jualan terus tanpa dijadikan tempat penyimpanan hasil getah peserta. Sebanyak RM25,000 masing-masing telah telah diperuntukan untuk tujuan tersebut. Setakat ini kerja-kerja pembinaan PMG masih dalam proses.

STATUS PENOREHAN

GUP Perak merancang membuka penal torehan pada bulan Noember dan Disember 2018 dan mungkin berlarutan hingga Januari 2019. Penorehan dijangka akan dimualakan pada Bulan Mac 2019.

Lokasi Kampung Bulan dan Tahun Tanam Jumlah Kebun Bulan Buka Penal Bil. Kebun Luas (Ha)
Perak Sg. Perah Aug-13 11 Nov. 2018 2 2.000
Sg. Pelantok Dec-12 59 Dis. 2018 9 6.012
Pisang Dec-12 30 Dis. 2018 7 4.008


Sesi tunjuk ajar membuat templat penal torehan sedang dijalankan.


Home          FAQ          Copyright           Privacy & Security Policy          Sitemap          RSS Feed RSS Feed          Support