Pengenalan
Pemindahan Teknologi adalah salah satu fungsi yang penting LGM di mana hasil penyelidikan dan pembangunan disalurkan kepada industri untuk digunapakai. Misi pemindahan teknologi (TOT) ialah untuk meningkatkan produktiviti getah asli supaya dapat menambahkan tahap kesejahteraan sosio ekonomi pengusaha getah asli melalui amalan teknologi dengan berkesan.
Industri Getah Asli Malaysia kini didominasi oleh sektor pekebun kecil di mana jumlah kawasan penanamannya adalah 86% dan menyumbangkan 78% kepada pengeluaran Negara. Oleh kerana indusri getah adalah sumber pendapatan utama kepada sebahagian besar penduduk luar bandar, maka ia akan memainkan peranan utama dalam ekonomi negara dan kesejahtaraan sosial pekebun kecil dan keluarga mereka.

Mekanisma Pemindahan Teknologi
Teknologi-teknologi baru yang dihasilkan dipindahkan kepada pelanggan melalui beberapa saluran. LGM melalui penerbitan dan massa media sering menerbit teknologi-teknologi dan penemuan baru untuk pengetahuan dan kesedaran orang ramai. Persidangan, seminar dan kolokium juga sering diadakan untuk kumpulan sasaran tertentu.
Perhubungan yang rapat wujud di antara LGM dan agensi-agensi pelaksana seperti RISDA, FELCRA and FELDA terutama untuk menjaga kepentingan pekebun kecil. Mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa pemindahan teknologi kerap diadakan di peringkat nasional, negeri dan daerah untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktivi pemindahan teknologi, pada masa yang sama penglibatan secara langsung oleh para penyelidik untuk menyesuaikan teknologi baru di sekitaran juga digalakkan.
Untuk mempercepatkan proses pemindahan teknologi, risalah dan buletin sering dikemaskini, diterbit dan diedarkan kepada agensi-agensi terlibat dan sasaran pelanggan melalui pejabat-pejabat wilayah LGM. Projek-projek pembangunan seperti LITS (Sistem Torehan Kerap Rendah) dan LTC (Klon Lateks Balak) dijalankan dan dipantau bersama secara terperinci. Plot demonstrasi dan nukleus diwujudkan untuk menarik perhatian bakal pengguna serta mendapatkan pengalaman awal dalam penggunaan teknologi baru.
Untuk memenuhi keperluan pembangunan wilayah, LGM telah mengwujudkan empat stesen mini (RRIMINIS) untuk menjalankan penyelidikan kesesuaian dan amalan teknologi untuk memberi laluan secara langsung kepada pelanggan disekitar kawasan tersebut.
Dalam usaha untuk tidak menghadkan peranan pekebun kecil sebagai pengeluar bahan mentah getah sahaja, bahagian teknologi LGM bersama pejabat-pejabat wilayah akan mengenalpasti, melatih dan memberi bantuan kepada pekebun kecil/pengusaha untuk menceburi dalam industri kecil dan serderhana dalam pengeluaran produk tambah nilai getah.
Pengeluaran produk getah telah menjadi satu industri yang penting di Malaysia. LGM telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan industri berasas getah. LGM akan terus memainkan peranan yang aktif dalam pemindahan teknologi sektor huluan.
Untuk memastikan qualiti dalam bahan tanaman dan kilang pemprosesan serta kawalan perniagaan pengeluaran getah, pendaftaran teratur dan polisi pemberian lesen secara liberal dilaksanakan dari masa ke semasa.
Teknologi Releven untuk Penerimaan
LGM, melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan berturutan selama beberapa tahun mempunyai satu intisari teknologi-teknologi berkaitan dengan isu-isu spesifik secara pakej untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi.
Memendekkan Keremejaan Pokok Getah

- Bahan Tanaman Berkualiti
- Siri Klon 2000
- Bahan Cantuman Muda
- Kekacang Penutup Bumi
- Pembajaan Berhemah
- Kawalan Penyakit
- Kawalan Rumpai
- Cantasan Terkawal
Peningkatan Produktiviti
- Klon Lateks Balak (LTC’s)
- Pembajaan berhemah
- Kawalan Penyakit dan Rumpai
- Sistem Torehan Kekerapan Rendah (LITS)
Teknologi Pengurangan Tenaga Buruh
- Penggunaan Baja Pelepasan Perlahan
- Sistem Eksploitasi Baru (LITS, LELICS, DOL)
- Basah Kuyup dengan Racun Kulat untuk Penyakit Akar
- Mekanisasi dalam Kawalan Rumpai, Penyakit dan Pembajaan
Mengurangkan Kos Pengeluaran
- Bahan Cantuman Muda
- LITS
- Kutipan Hasil Polibeg
Peningkatan Pendapatan
- Tanaman Pepagar
- Tanaman Campuran
- Penggunaan Klon Lateks Balak (LTC’s)
Huluan
- Pembuatan Produk Getah dan Teknologi Getah
- Khidmat Nasihat dan Kaji Runding.
Pejabat Pengarah Daerah
Tuan Mohamad Tuan Muda
Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan
Lembaga Getah Malaysia
Tingkat 14 Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 9206 2046 (Pengarah), 03-9206 2047 (PA)
Fax : 03-9206 2048
Emel : tmtm@lgm.gov.my
Vanaja R. Vaithyanathan
Pegawai Penyelidik
Bahagian Pengembangan dan Pembangunan
Lembaga Getah Malaysia
Tingkat 14 Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-9206 2155
Fax : 03-9206 2048
Emel : vanaja@lgm.gov.my
Ab. Latif Dalib
Pegawai Tadbir
Bahagian Pengembangan dan Pembangunan
Lembaga Getah Malaysia
Tingkat 14 Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-9206 2055
Fax : 03-9206 2048
Emel : latif@lgm.gov.my