GUP NEGERI SEMBILAN

PendahuluanCarta RMTSenarai Peserta dan AkujanjiKemajuan Semasa
Kemajuan Semasa
2012201320142015201620172018
STATUS PERTUMBUHAN POKOK

Pertumbuhan tanaman getah di Kg Tohor adalah baik. Kerja-kerja bancian yang telah dijalankan mendapati purata ukuran lilitan pada 66 bulan ialah 43.3 sentimeter. Latihan kepada peserta mengenai pembukaan panel torehan telah dilakukan kepada kebun-kebun yang telah boleh dibuka toreh. Kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan kebun sedang dijalankan oleh peserta di kebun masing-masing. Untuk Kg. Sg sampo, purata ukurlilitan batang adalah 36.8cm untuk bancian 54 bulan.

Bancian ukur lilit batang tanaman getah di Kg. Sg. Sampo sedang dijalankan


PENYAKIT DAN PEROSAK

Serangan penyakit akar putih dan serangan anai-anai merupakan dua serangan yang dilaporkan berlaku agak serius di semua lokasi projek GUP ini. Pemantauan juga dibuat selepas rawatan diberikan bagi memastikan kadar serangan berkurangan.

PEMBINAAN PMG

PMG yang dicadang adalah berskala kecil dan berkonsepkan jualan terus tanpa dijadikan tempat penyimpanan hasil getah peserta. Sebanyak RM25,000 telah diperuntukan untuk tujuan tersebut. Setakat ini kerja-kerja pembinaan PMG masih dalam proses.

STATUS PENOREHAN

Sebilangan kebun di projek GUP Kg. Tohor dilaporkan telah membuka penal torehan dan menoreh pada akhir tahun 2018 sebaik sahaja tunjuk ajar membuka torehan dijalankan. Dijangka penorehan akan berjalan secara intensif pada awal tahun 2019 sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir.

Tunjuk ajar membuka penal torehan sedang dijalankan di Kg. Tohor


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan