03:59:13 Jumaat, 18 April 2014
Bahasa  English  Bahasa Lain   A-  A+   Tukar ke variasi Asal Tukar ke variasi Biru Tukar ke variasi Oren Narrow Normal Wide
 

Program Getah Untuk Pribumi – GUP

GUPObjektifLokasiKemajuan SemasaProgram Pelaksanaan Projek
Latar Belakang

Salah satu inisiatif Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam turut sama membangunkan industri getah negara melalui Bidang Keutamaan Ekonomi Nasional (NKEA) adalah dengan mewujudkan Program Getah Pribumi. Sebelum ini, pada Mei 2011 LGM telah memulakan inisiatif dengan menjalankan projek pemberian benih getah bermutu melibatkan sebanyak 57,600 polibeg benih getah ini merangkumi kawasan dianggarkan seluas 105 hektar tanah kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Pribumi di Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini bertujuan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli dan Pribumi yang tidak dapat mengikuti program tanam baru atas sebab tertentu membangunkan tanah terbiar milik mereka dengan tanaman getah dari benih bermutu dan dari klon terkini. Secara langsung dapat mengelakkan mereka menggunakan benih getah yang tidak bermutu dan memberi kesan negatif dalam tempoh 20 ke 25 tahun. Projek ini telah ditamatkan pada akhir tahun 2011.

Inisiatif yang diusahakan oleh LGM ini telah mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan dari masyarakat Orang Asli di Semenanjung dan Pribumi di Sabah dan Sarawak. Sehingga 30 November sejumlah 4,877 permohonan lagi telah diterima yang dianggarkan merangkumi kawasan seluas hampir 5,500 hektar.

Penggunaan bahan tanaman getah bermutu sahaja adalah tidak mencukupi kerana penyelenggaraan juga mempengaruhi pertumbuhan pokok dan pengeluaran hasil. Penyampaian maklumat teknologi dan latihan/tunjuk ajar menjadi sukar kerana terpaksa dijalankan secara individu. Akhirnya matlamat akhir untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka tidak tercapai. Untuk menangani perkara ini, Program Getah untuk Pribumi telah dicadangkan. Pribumi bermaksud mereka yang ditakrifkan sebagai Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Pribumi di Sabah dan Sarawak.

Projek ini dijalankan di tanah-tanah yang telah digazetkan kepada masyarakat Orang Asli, tanah bergeran (Native Title) milik Pribumi di Sabah dan Sarawak di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Kawasan-kawasan tanaman getah yang terlibat dibangunkan dengan konsep berkelompok atau kluster dan dijadikan model atau tempat rujukan kepada masyarakat Orang Asli dan Pribumi sekitar dan kampung-kampung berdekatan yang ingin menanam getah di kebun-kebun mereka. Sebanyak lapan lokasi projek telah dipilih melibatkan 26 buah kampung Orang Asli dan Pribumi, 501 peserta dan kawasan seluas 639.1 hektar.

Di samping itu peserta yang terpilih menyertai program dapat menunjuk ajar dan memindahkan teknologi perkebunan getah kepada rakan-rakan mereka yang lain. Secara langsung landskap industri tanaman getah di kalangan orang asli dan pribumi akan berubah kepada lebih maju dan moden seiring dengan penanam getah di kalangan kaum-kaum lain di Malaysia.

UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan