Mengenai Kami
Unit Ujian Produk dan Tentukuran terdiri dari 3 makmal yang dikhususkan untuk pengujian getah dan produk yang berasaskan getah serta turut menjalankan aktiviti tentukuran peralatan saintifik dan mesin pengujian. Kesemua makmal ini telah diakreditasikan sebagai memenuhi sistem pengurusan kualiti MS ISO/IEC 17025 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia atau SAMM.
"Your Partner in Quality"
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Haidzir Abd Rahman
Ketua Unit Ujian Produk dan Tentukuran
Lembaga Getah Malaysia
Stesen Penyelidikan RRIM
Sungai Buloh, Seksyen U4
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: 603-6157 7941 / 6156 1121 ext 501
Fax: 603-6156 3304 / 6156 4418
Emel: haidzir@lgm.gov.my
Makmal Ujian Fizikal
Merupakan di antara makmal yang komprehensif dari segi peralatan mesin ujian produk getah dan produk yang berasaskan getah. Ia juga merupakan di antara makmal pertama di kalangan makmal-makmal kerajaan yang ditauliahkan dan diakreditasikan di bawah Sistem Pengurusan Kualiti ISO/IEC 17025 untuk ujian dan tentukuran SAMM. Makmal ini mengendalikan ujian untuk ISO dan semua piawaian utama yang lain seperti Standard Malaysia MS, British Standard BS, Americam Society for Testing and Materials ASTM, Japanese Industrial Standards JIS dan sebagainya. Ujian-ujian terhadap lain-lain standard juga boleh dilaksanakan.
Senarai Perkhidmatan Ujian
Rubber & Rubber Products: Material/Product Testing
Testing of Rubber Bearings
Testing of Rubber Seals
Testing of Condoms
Testing of Examination Gloves
Testing of Surgical Gloves
Testing of Household/Industrial Gloves
Testing of Shelf-Life of Rubber Gloves
Makmal Ujian Tayar
Penggunaan sumber getah asli dalam industri pembuatan tayar dan produk yang berkaitan getah mencapai 75% penggunaannya di seluruh dunia dan ia merupakan penggunaan yang kedua terbesar dalam Malaysia. Keperluan kemampuan menguji tayar menjadi semakin penting dalam mempertingkatkan lagi keupayaan sesebuah kenderaan disamping standard lebuhraya yang semakin maju dan peningkatan kesedaran terhadap keperluan keselamatan, keselesaan serta ekonomi. Pengeluar tayar kenderaan juga perlu memastikan sesebuah tayar yang dihasilkan memenuhi spesifikasi yang ditentukan piawaiannya. Begitu juga pengeksport tayar sentiasa memastikan tayar mereka diuji dan diberikan sijil piawaian dari makmal ujian pihak ketiga yang bebas dan tidak terikat.
Makmal Ujian Tayar LGM merupakan satu-satunya makmal ujian tayar pihak ketiga yang bebas yang menyediakan berbagai kemudahan ujian tayar di Malaysia dan Asia Pasifik. Satu perkara yang menjadi kekangan kepada kilang pengeluar tayar adalah menyediakan peruntukan dana yang besar untuk menyediakan sebuah makmal ujian tayar dan perkhidmatan kemahiran teknikal dalam penyelidikan dan pembangunan. Di sini LGM tampil membantu serta memiliki keupayaan kemudahan ujian tayar yang tidak mampu diadakan oleh beberapa kilang pengeluar tayar di Malaysia.
Dengan itu LGM bertindak sebagai pusat ujian tayar bagi semua jenis tayar kenderaan penumpang, tayar celup dan tayar tiub di Malaysia. Kemudahan yang disediakan ini memberi manfaat dari segi ekonomi dan perkhidmatan ujian tayar yang kompiten. Tayar celup mesti dikawal ciri-ciri keselamatannya dan bertepatan dengan ISO 9001 yang merupakan salah satu langkah kehadapan dalam peningkatan keselamatan tayar celupan untuk mencapai kemajuan dalam industri tayar celup. Satu daripada keperluan yang ditetapkan oleh SIRIM ISO 9002 QSAS (Quality System Assurance Supplement) ialah mengadakan pemerhatian yang kerap terhadap ujian tayar celup.
Senarai Perkhidmatan Ujian Tayar
Makmal Tentukuran
Makmal Tentukuran ditubuhkan pada awal tahun 1997 dan diperluaskan perkhidmatan serta sepenuhnya diakreditasi di bawah ISO/IEC 17025 bermula tahun 2004. Makmal Tentukuran mempunyai keupayaan untuk memberikan perkhidmatan tentukuran dalam bidang ujian mekanikal dengan memberi keutamaan terhadap peralatan ujian bagi pengujian produk getah dan mesin ujian produk yang berkaitan getah, dan turut merangkumi mesin serta peralatan lain yang bersesuaian. Makmal ini juga bersedia melaksanakan tentukuran kepada makmal-makmal di luar yang dimiliki oleh pihak industri getah yang terdapat di dalam negara. Makmal Tentukuran ini mempunyai kemampuan dalam menjalankan tentukuran meliputi skop tentukuran tertentu terutama yang berkaitan mesin ujian produk getah.
Makmal ini adalah merupakan satu-satunya makmal tentukuran di Malaysia yang diakreditasi untuk menjalankan tentukuran bagi alatan pengukuran beban sehingga kapasiti 5000kN, tentukuran terhadap pengukuran konsentrasi gas ozon, tentukuran meter kekerasan getah (IRHD, JIS A dan Shore A) dan mesin ujian SMR.
Lain-lain perkhidmatan tentukuran yang disediakan termasuklah tentukuran pengukur jisim (analitikal dan penimbang) dan pengukuran daya beban bagi regangan dan mampatan.
Senarai Perkhidmatan Tentukuran
Khidmat Sokongan Instrumentasi SMR
Dalam memberikan khidmat sokongan instrumentasi SMR, Makmal Instrumentasi dan Khidmat Sokongan SMR telah ditubuhkan semenjak tahun 1970. Antara tanggungjawab makmal ini termasuklah:-
- Untuk menyediakan khidmat teknikal yang cekap dan pantas kepada industri getah bagi skim SMR
- Untuk memberikan khidmat penyelenggaraan dan tentukuran kepada pihak pengilang/pembekal SMR yang kurang berkeupayaan dalam menjalankannya secara dalaman
- Untuk mengekalkan bekalan bagi alatganti yang diperlukan ketika menjalankan perkhidmatan
- Untuk membantu dalam trouble-shooting terhadap prosedur/method ujian
Khidmat sokongan SMR adalah penting dan merupakan tanggungjawab organisasi dalam memantapkan piawaian SMR. Penyampelan sampel ujian dan menguji merupakan langkah awal kearah mengklasifikasi produk dan hasil ujian ke atas sampel mempunyai hubungkait terhadap keseluruhan pengeluaran. Walaupun LGM menetapkan prosedur untuk penyampelan secara intensif dan tatacara serta kaedah proses bahan mentah namun tanggungjawab sebenar melaksanakannya terletak di bahu para pengilang.
Bagi skim SMR, pengeluar yang berkapasiti besar digalakkan menubuhkan makmal ujian mereka sendiri yang berupaya melakukan ujian dan pensijilan. Buat masa ini terdapat 25 makmal komersial di Malaysia yang diperakui termasuklah Makmal Standard di 260 Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Fungsi utama adalah untuk memeriksa keputusan hasil ujian dan memberikan pensijilan terhadap pemeriksaan sampel SMR yang akan diperdagangkan.
Sebagai pengekalan integriti terhadap keputusan ujian skim SMR maka LGM melaksanakan round robin dikalangan makmal-makmal SMR dalam dan luar negara.
Senarai Ujian Produk Unian
Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Makmal Tentukuran
Encik Mohd Nizam Mansor
Tel : 03- 61561825, 03-6156 1121 ext 506
Fax : 03-6156 3304
Emel : calibration@lgm.gov.my
Atau
Makmal Ujian Fizikal
Puan Suhana
Tel : 03-6156 6748, 03-6156 1121 ext 503
Fax : 03-6156 3304, 03-6156 4418
Emel : ptl@lgm.gov.my