Bahasa  English  Others   A-   A+
 

Objektif PAT-G, syarat - syarat untuk memiliki PAT-G dan kategori dalam sistem PAT-G

Objektif PAT-G adalah :

  1. Mewujudkan satu pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah.
  2. Merupakan satu kebenaran untuk menjual getah.
  3. Mengekang kes kecurian getah di peringkat kebun.
  4. Membangunkan satu pangkalan data profil pekebun kecil getah.
  5. Sebagai perantaraan penyaluran bantuan dari kerajaan.

Syarat-syarat untuk memiliki PAT-G adalah :

  1. Warganegara Malaysia memiliki Mykad warna biru sahaja.
  2. Pekebun kecil getah yang memiliki atau mengusahakan kebun getah.
  3. Pekebun kecil getah yang menjual hasil getah.

Siapa yang perlu memiliki kad PAT-G

Seseorang yang memiliki atau mengendalikan satu ladang getah atau lebih dalam suatu Negeri yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.46 hektar.

Terdapat 3 kategori dalam sistem PAT-G iaitu :

Pemilik - memiliki kebun getah tetapi diusahakan oleh orang lain

Pemilik & Pengusaha - memiliki dan mengusahakan kebun getah sendiri

Pengusaha - mengusahakan kebun getah milik orang lain atau mengusahakan kebun TOL/orang asli/Lesen Menduduki Sementara/tidak bergeran


SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERMIT AUTORITI TRANSAKSI GETAH (PAT-G)
BIL. PERKARA PEMILIK PEMILIK & PENGUSAHA PENGUSAHA
1. Borang Permohonan Pat-G
2. Salinan Mykad
3. Salinan Geran Tanah
(jika berkaitan)
4. Salinan Buku/Penyata/Slip Bank
5.

Gambar Pemohon Berwarna :

  1. Gambar Berukuran Passport; atau
  2. Gambar Melalui Mykad; atau
  3. Gambar Digital
6. Salinan Mykad Pemilik Kebun Jika Mengusahakan Kebun Milik Orang Lain
(jika berkaitan)
7. Salinan Sijil Mati Jika Pemilik Telah Meninggal Dunia
(jika berkaitan)
8. Surat Atau Resit Permohonan Tanah
(jika berkaitan)
9. Surat Atau Resit Permohonan Tukar Syarat Tanah
(jika berkaitan)

Home          FAQ          Copyright           Privacy & Security Policy          Sitemap          RSS Feed RSS Feed          Support