Program Ceramah Perdana Ramadhan bersama Ybhg Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.

Pada 17 Mei 2019, Unit Pembangunan Sumber Manusia, LGM telah menganjurkan program Ceramah Perdana Ramadhan Bersama Ybhg Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, di Akademi Hevea Malaysia, Sg Buloh.

Program ini turut dihadiri oleh YBrs Tuan Mohamad bin Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengembangan selaku wakil tuan rumah kerana YBhg Datuk Ketua Pengarah tidak dapat hadir atas urusan rasmi. Antara 222 hadirin lain yang turut hadir adalah YBrs Encik Shahrir bin Mohd Salleh, Pegawai Penjaga Bahagian Pelesenan, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Sokongan, YBrs Pn Siti Hawa bt Sulong, Pegawai Penjaga Bahagian Ekonomi & Pasaran Getah, Presiden Persatuan Pegawai Kanan LGM, Pegawai-pegawai Kanan di kawasan Lembah Klang serta beberapa wakil kakitangan dari setiap bahagian.

Program Ceramah Perdana Ramadhan adalah program latihan yang diadakan setiap tahun dengan menjemput tokoh-tokoh agamawan untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi demi mengimarahkan bulan Ramadhan serta menaikkan semangat kerja dan motivasi pegawai kumpulan pengurusan & professional LGM dalam menjalankan amanah.

YBhg Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa telah berkongsi ilmu mengenai hikmah dan kelebihan bulan Ramadhan serta berkongsi pengalaman beliau ketika mengerjakan Haji. Pelbagai ilmu dan pengalaman menarik telah dikongsi dan berjaya menarik minat serta memberi inspirasi kepada peserta yang hadir. Kesimpulannnya, program tersebut telah berjaya memberi impak positif dan LGM akan menganjurkan program yang serupa pada tahun akan datang.

Ceramah daripada YBhg Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.

Peserta yang hadir ke program Ceramah Perdana Ramadhan.

Pegawai Kanan LGM bergambar bersama YBhg Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.

Para peserta bergambar bersama dengan penceramah.