Program Agihan Bubur Lambuk Bersama Ahli Pengurusan Tertinggi LGM

Pada 30 Mei 2019, satu Program Agihan Bubur Lambuk kepada semua kakitangan LGM yang bertugas di Bangunan Getah Asli termasuk kakitangan pejabat-pejabat swasta telah diadakan. Program ini diadakan bersempena dengan menyambut bulan Ramadhan tahun 2019.

Bubur lambuk telah diagihkan oleh YH. Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM, YBrs Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah BKPT, Pegawai Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi), Encik Shahrir bin Mohd Salleh, Ketua UPD, Pegawai Menanggung Tugas Pengarah Bahagian Pelesenan Penguatkuasaan dan Sokongan. Sebanyak 500 bekas telah diagihkan semasa program tersebut.

Agihan bubur lambuk kepada kakitangan LGM oleh YH. Dato' Dr Zairossani Mohd Nor.

YBrs Dr Faridah Hanim Ab Hanan turut serta dalam mengagihkan bubur lambuk.