Taman Hevea

Sebuah taman yang terdiri daripada pokok-pokok getah telah ditanam di SM St Michael's di Penampang, Sabah. Taman yang dikenali sebagai Taman Sains Hevea merupakan gagasan idea YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merasmikan Taman Sains Hevea tersebut. Puan Marie Pik Yong Hua, Pengetua SM St Michael dan YBhg Dato Dr Kamarul Baharain Basir, Ketua Pengarah LGM, adalah di antara tetamu kehormat yang hadir.

YBhg. Tan Sri Bernard Giluk Dompok mengatakan bahawa pokok getah adalah Pohon Kehidupan. Beliau juga mengatakan bahawa industri getah di Malaysia akan terus relevan dengan ekonomi negara. Dengan memperkenalkan tanaman getah kepada generasi muda melalui kegiatan kurikulum sekolah, ia akan menggalakkan pelajar untuk membantu mengekalkan pertumbuhan industri getah di Malaysia dan berterusan.

Puan Marie, Pengetua SM St Michael menjelaskan bahawa sekolah tersebut adalah pelopor bagi projek ini, kolaborasi diantara Kelab Usahawan dan LGM. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar kepada teknologi yang berkaitan dengan getah dan pada masa yang sama sekolah tersebut menjadi sumber rujukan tentang tanaman tersebut didaerah sekitarnya. Diharapkan, dengan pengetahuan tentang getah, para pelajar boleh melanjutkan pengajian bagi pengembangan industri getah atau menjadi usahawan. Sekitar 40 pelajar yang menjadi ahli kelab, diketuai oleh Luzud Mosigil, diberikan latihan oleh kakitangan daripada Pejabat LGM Kota Kinabalu tentang budgraft, memangkas, menanam getah dan memelihara taman. Kelab Usahawan di sekolah ini diselia oleh dua guru iaitu Encik Abdul Wahab dan Cik Mariatul Hanis

Taman Hevea Taman Hevea Taman Hevea