Galakan untuk menanam semula getah di Sarawak

Lembaga Getah Malaysia (LGM) menggalakkan para petani untuk menanam semula getah dengan klon baru, terutamanya Klon Kayu Lateks daripada klon RRIM 2000 series.

Dibawah Pakej Stimulus Kedua, diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2009, LGM telah memulakan sebuah projek untuk menggalakkan penanaman semula getah oleh petani kecil di Sarawak. 423 hektar kawasan getah dibawah projek ini dengan 260 hektar berada di Batang Ai, Lubok Antu.

Terdapat tiga objektif dari projek ini : (i) untuk meningkatkan kawasan getah di Sarawak dengan Klon Kayu Lateks, Siri RRIM 2000, (ii) untuk tingkatkan pengetahuan petani dengan perusahaan ladang dan amalan-amalan agronomi yang baik, dan (iii) untuk tingkatkan pengeluaran getah dan mengoptimumkan pengunaan tanah.

Bagi mencapai objektif tersebut, LGM merancang dan akan melaksanakan kegiatan pemindahan teknologi serta membekalkan bahan tanaman berkualiti dan baja kepada petani yang terlibat dalam projek ini. LGM juga akan memantau perkembangan klon. Para petani pula akan melibatkan diri dengan aktiviti seperti pembersihan kawasan, penanaman dan kegiatan amalan agronomi. Mereka juga akan terlibat dalam pengurusan dan penanaman getah.

Sarawak Rubber Industry in BriefRubber Smallholders in Batang Ai, Sarawak Receive Planting Materials
Sarawak Rubber Industry in BriefRubber Smallholders in Batang Ai, Sarawak Receive Planting Materials