Seminar SMG: The Premium Glove

Satu hari seminar, Standard Malaysia Glove (SMG) telah diadakan pada 31 Januari 2009 di Akademi Hevea Malaysia LGM, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Dirasmikan oleh Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, tujuan seminar ini ialah untuk mempromosikan SMG serta mendapatkan maklum balas daripada peserta mengenai program SMG.

Program SMG berorientasikan pasaran dan merupakan program yang dinamik menurut Senator Kohilan, dan penting dalam membina jenama yang boleh dipercayai bagi sarung tangan getah Malaysia. "Ia sangat penting bagi kita untuk terus mempromosikan SMG kepada pelanggan, pembeli dan pengguna sarung tangan getah", kata Timbalan Menteri tersebut.

Dilancarkan pada tahun 1998 dengan tujuan memastikan kualiti tinggi, konsisten dan produk yang dipercayai oleh pengguna, program SMG sejak itu telah dikemaskini sebanyak tiga kali sesuai dengan perubahan pasaran, piawaian baru dan keperluan peraturan. Pada tahun 2000, SMG diiktiraf di bawah Product Certification System MS ISO/IEC Guide 65 iaitu sistem pengurusan kualiti antarabangsa diuruskan oleh Standard Malaysia. Efektif pada 19 Disember 2008 US Food and Drug Administration (FDA) telah menetapkan peraturan baru, dimana pengeluar sarung tangan perlu mematuhi ketetapan yang lebih ketat. US FDA sekarang mewajibkan sarung tangan pemeriksaan perubatan haruslah berkualiti tinggi selaras dengan Acceptable Quality Levels (AQLs) bagi peringkat kebocoran.

"Kami gembira mengetahui bahawa sarung tangan SMG kita mampu memenuhi keperluan baru FDA setelah AQL sarung tangan kami telah melampaui ketetapan iaitu 2,5, serta memenuhi ketetapan yang ditetapkan oleh organisasi lain dan Komuniti Eropah," kata Senator A. Kohilan Pillay.

Untuk makluman, Malaysia merupakan pengeksport terbesar di dunia bagi sarung tangan pemeriksaan perubatan. Pada tahun 2008, pendapatan eksport bagi sarung tangan getah Malaysia ialah RM7.03 bilion, setara dengan hampir 49 billion helai sarung tangan. Jumlah sumbangan industri getah kepada pendapatan eksport negara pada tahun 2008 berjumlah RM26.1 bilion. Daripada jumlah ini, RM7.9 bilion itu dari kayu getah asli, RM10.4 bilion dari produk getah dan RM 7.8 bilion dari produk kayu getah.

YBhg. Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Senator A. Kohilan Pillay, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YBhg. Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan YBhg. Dato' Dr Kamarul Baharain Basir, Ketua Pengarah LGM