Seminar Getah kepada Petani di Sabah

Sebuah seminar bagi petani getah telah dianjurkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada tarikh 26 April 2009. Diadakan di Keningau, Sabah sempena Program Sesi Dialog bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, tujuan seminar ini ialah untuk memaklumkan kepada petani mengenai teknologi LGM yang boleh diambil oleh mereka.

Empat pembentangan telah diadakan. Dua pembentangan dari LGM, iaitu Penanaman Bahan Kualiti, dan Pengamalan Agronomik dalam Pengurusan Ladang Getah. Pembentangan Kertas Ketiga oleh Lembaga Industri Getah Sabah menyentuh isu dan arah Industri Getah Sabah dalam pembangunan petani di Sabah. Kertas Keempat dibentangkan oleh seorang wakil daripada petani yang memberikan tanggapan terhadap program pembangunan untuk petani getah yang dilaksanakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah.

Seminar Getah kepada Petani di Sabah Seminar Getah kepada Petani di Sabah