Menteri KPPK bertemu Petani Getah di Keningau, Sabah

Menteri KPPK bertemu Petani Getah di Keningau, SabahPada tarikh 26 April 2009,Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah bertemu dengan para petani getah di Sabah melalui sesi dialog yang diadakan di Keningau, Sabah. Dihadiri oleh 500 petani yang menjadi ahli Pertubuhan Pekebun Kecil Getah Sabah dan Persatuan Pekebun Kecil Getah Bumiputera Sabah, para petani telah berkongsi bersama Menteri isu-isu yang dihadapi oleh mereka. Ini termasuk masalah mengenai bahan tanaman dan harga getah.

Dialog ini memberikan kesempatan pada Menteri untuk memahami masalah yang dihadapi oleh petani dan mendapatkan maklum balas yang berguna. Secara tidak langsung, ia relevan untuk Kerajaan bagi merancang arah dan mengembangkan industri getah, khususnya Sabah.