Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Dilantik Sebagai Pengerusi LGM

Y Bhg Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM)Selamat datang kepada Y. Bhg Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, yang telah dilantik sebagai Pengerusi baru Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada 16 Februari 2009.

Tan Sri Dato' Megat mempunyai lebih daripada 35 tahun pengalaman perniagaan antarabangsa dalam minyak, gas dan kimia. Beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Eksekutif dan General Manager Shell Turki, Pengerusi dan Ketua Eksekutif Shell Malaysia Limited, Pengerusi Malaysia's National Science Centre, Pengarah Bukan Eksekutif Maxis Communications Berhad, Pengarah Maybank Berhad, Capital Market Development Berhad, Etiqa Insurans Bhd dan Etiqa Takaful Bhd. Kini, beliau juga adalah Pengarah International Centre for Leadership in Finance dan Pengarah Eksekutif Woodside Petroleum

Tan Sri Megat Zaharuddin mengantikan Datu Dr Michael Dosim Lunjew, yang bersara sebagai Pengerusi LGM pada tarikh 31 Disember 2008.