Pengerusi LGM Melihat Hasil R&D di LGM

Tan Sri Dato' Megat Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor, yang baru dilantik Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menghabiskan satu hari penuh (pada 26 Mac 2009) di Stesen Penyelidikan RRIM, Sg. Buloh melihat dan mempelajari hasil R & D. Dua bahagian telah terlibat iaitu Bahagian Pengembangan dan Pembangunan (BPP) dan Bahagian Teknologi dan Kejuruteraan (BTK).

Dua pengarah bahagian iaitu Tuan Mohamed bin Tuan Muda (BPP) dan Dr Alias bin Othman (BTK) telah memberikan taklimat kepada Pengerusi sepanjang lawatan tersebut. Kesempatan ini juga memberi ruang kepada Tan Sri Megat untuk berinteraksi dengan Ketua Unit di bawah dua Bahagian.

Setelah taklimat, Pengerusi telah dibawa ke Pusat Teknologi Getah, terutama kilang SMR / ENR, DPNR, Makmal Pengujian Tayar, Glove Line, Unit Kejuruteraan & Rekabentuk Produk dan International Rubber Product Centre (IRPEC).

Turut mengiringi Tan Sri Megat ialah Dato' Dr Kamarul Baharain Basir, Ketua Pengarah LGM, Dr Mohd Akbar bin Mohd Said, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Encik Quah Swee Kheng, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi) dan ahli Pengurusan Tertinggi LGM.

Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor, Pengerusi LGM Melihat Hasil R&D di LGM Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor, Pengerusi LGM Melihat Hasil R&D di LGM Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor, Pengerusi LGM Melihat Hasil R&D di LGM Tan Sri Dato' Megat Zaharuddin bin Megat Mohd Nor, Pengerusi LGM Melihat Hasil R&D di LGM