Konsultasi Bersama Industri Getah Mengenai FTA

Tuan Haji Dr Suarni Sumormo, Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah, Encik Tan Beng Swee dari Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Puan Norhafizah Zahari dan Encik Ang Seng Chai dari LGMKementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama telah menganjurkan Konsultasi Bersama Industri Getah mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada 25 Februari 2009. Menyedari pentingnya FTA untuk industri getah, sesi ini diadakan dengan tujuan memaklumkan status perkembangan terkini perbincangan FTA kepada industri bagi mendapatkan maklum balas dan input dari industri.

Majlis itu dirasmikan oleh Encik Quah Swee Kheng, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Operasi), Lembaga Getah Malaysia (LGM). Tiga pembentangan telah diadakan sepanjang sesi tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Dr Suarni Sumormo, Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah dari LGM. Encik Tan Beng Swee dari Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyampaikan pembentangan bertajuk "Briefing Session on the Progress of FTAs" diikuti oleh Puan Norhafizah Zahari dan Encik Ang Seng Chai dari LGM. Manakala pembentangan lain menyentuh mengenai implikasi untuk berdagang dengan FTA Malaysia-Jepun, FTA ASEAN-Korea dan FTA ASEAN-China.

Sepanjang konsultasi / sesi, dialog ahli industri mampu berinteraksi dan membincangkan masalah yang dihadapi berkaitan industri getah dan juga memberikan cadangan yang menguntungkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi untuk meningkatkan akses pasaran negara-negara rakan niaga.