Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-56

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-56 telah diadakan pada 25 Jun 2019 di Dewan Persidangan, Lembaga Getah Malaysia, Kuala Lumpur. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MRE. Mesyuarat tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli MRE dengan penyertaan seramai 50 orang. Di antara agenda mesyuarat AGM ke-56 ini adalah pembentangan mengenai aktiviti-aktiviti dan pencapaian MRE pada tahun 2018, perancangan aktiviti-aktiviti MRE pada separuh kedua tahun 2019 serta membincangkan mengenai isu-isu perdagangan getah selaras dengan fungsi dan peranan MRE yang ditubuhkan untuk mempromosi, membangunkan dan mengawal selia perdagangan getah yang teratur di Malaysia.

Sesi pembentangan kedua adalah "Permintaan dan Penawaran Getah Asli Peringkat Dunia: Aliran dan Prospek" yang disampaikan oleh Encik Jom Jacob dari Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC). Sesi ini bertujuan untuk mengemaskinikan ahli-ahli MRE dengan aliran terkini mengenai penawaran dan permintaan dunia terhadap getah asli. Sesi ini juga memberi pendedahan mengenai prospek dan impak terkini bagi perdagangan komoditi.

Sesi terakhir merupakan pembentangan mengenai "Prospek Ekonomi Dunia: Impak Terhadap Komoditi" yang disampaikan oleh Dr. Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Objektif pembentangan beliau adalah mendedahkan keadaan ekonomi semasa terhadap perdagangan komoditi dan memberikan gambaran mengenai cabaran ekonomi semasa terhadap industri getah dunia.

Sesi ketiga merupakan pembentangan mengenai "Prospek Ekonomi Dunia: Impak Terhadap Komoditi" yang disampaikan oleh Dr. Shankaran Nambiar dari Malaysian Institute of Economic Research (MIER). Objektif pembentangan beliau adalah untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan semasa dan prospek ekonomi dunia yang memberi kesan kepada komoditi termasuk getah asli.

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MRE menyampaikan ucapan aluan.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-56 telah menerima sambutan yang menggalakkan dari ahli-ahli MRE.

Encik Rajendra Navaratnam dari Institut Penimbangtara Malaysia menyampaikan pembentangan bertajuk "Mekanisme-mekanisme Penyelesaian Pertikaian Perdagangan".

Encik Jom Jacob dari ANRPC menyampaikan pembentangan mengenai "Permintaan dan Penawaran Getah Asli Peringkat Dunia: Aliran dan Prospek".

Dr. Shankaran Nambiar dari MIER menyampaikan pembentangan mengenai "Prospek Ekonomi Dunia: Impak Terhadap Komoditi".