PROGRAM KOLOKIUM PERDANA BICARA TOKOH 2019 BERSAMA YBHG PROFESOR DATUK DR ASMA ISMAIL, NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada 12 April 2019, Unit Pembangunan Sumber Manusia LGM telah menganjurkan program Kolokium Perdana Bicara Tokoh 2019 bersama YBhg Prof Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia di Akademi Hevea Malaysia, Sg Buloh.

Program ini berjaya menarik seramai 163 orang hadirin termasuk Pengurusan Tertinggi LGM, YBrs Dr Amir Hashim Md Yatim, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Inovasi LGM, YBrs Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengembangan, Presiden Persatuan Pegawai Kanan LGM, pegawai-pegawai kanan di kawasan Lembah Klang serta beberapa wakil kakitangan dari setiap bahagian.

Kolokium Perdana Bicara Tokoh LGM adalah program latihan tahunan di mana tokoh-tokoh ilmuan yang dikenalpasti oleh pihak Pengurusan Tertinggi LGM dijemput untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan inspirasi mereka demi memotivasi serta menaikkan semangat kerja pegawai kumpulan pengurusan & professional LGM terhadap pembangunan industri getah.

YBhg Prof Datuk Dr Asma Ismail telah berkongsi pengalaman beliau dalam membangun dan mengkomersilkan hasil R&D, Typhoid kit atau Typhidot dalam ceramah beliau. Banyak ilmu dan pengalaman menarik yang dikongsi beliau telah berjaya menarik minat serta memberi inspirasi kepada pegawai-pegawai LGM yang hadir untuk bertanya pelbagai soalan di akhir program. Kesimpulannnya, program tersebut dilihat berjaya memberi impak positif kepada para hadirin dan LGM berhasrat untuk terus menganjurkan program serupa pada tahun-tahun akan datang.

Prof Datuk Dr Asma Ismail sedang berkongsi pengalaman beliau bersama kakitangan LGM

Antara yang hadir pada kolokium

TKP (P&I) menyampaikan cenderahati kepada Prof Datuk Dr Asma Ismail