Sesi Town Hall bersama Ketua Pengarah LGM

Pada 6 Mei 2019, sesi Town Hall Bersama Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diadakan di Auditorium Akademi Hevea Malaysia (AHM), Sungai Buloh, Selangor. Program ini dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM. Panel jemputan terdiri daripada YBrs Dr Supramaniam Shanmugam, Ahli Lembaga Silih Ganti LGM serta YBrs Dr Amir Hashim Md Yatim, Timbalan Ketua Pengarah LGM (Penyelidikan & Inovasi) dan YBrs Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah BKPT menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi).

Objektif utama program ini diadakan adalah sebagai platform perbincangan antara dua pihak iaitu pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai LGM di mana pihak pengurusan memberikan input keputusan terkini dari Mesyuarat Pengurusan dan Lembaga Pengarah. Pegawai pula diberi peluang untuk bertanya mengenai isu yang berkaitan dengan jabatan masing-masing dan mereka juga dapat memberikan pendapat secara langsung kepada pihak pengurusan. Program ini diharap menjadi wadah bagi pegawai dan pihak pengurusan tertinggi untuk berkomunikasi serta dapat membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara pegawai dan pihak pengurusan.

Beberapa topik telah diperbincangkan dan antaranya ialah Global Testing and Consultancy for Rubber (G-TACR) dijadikan sebagai pusat menjana pendapatan LGM, membaikpulih AHM sebagai pusat latihan yang lebih baik serta penstrukturan semula LGM. Turut juga dibincangkan halangan-halangan semasa yang dihadapi oleh LGM serta perkembangan terkini isu-isu tersebut.

Ucapan pembukaan oleh YBhg Dato' Dr Zairossani Mohd Nor

Antara pegawai yang menghadiri program ini

Shardan Sharif mengemukakan soalan kepada ahli panel