Pameran Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2019

Pada 2 hingga 4 Mei, telah berlangsung Pameran Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-30 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). ITEX merupakan satu medium pelancar yang sesuai bagi memperkenalkan idea-idea inovatif serta ciptaan terkini termasuk yang mewakili perkembangan era digital. Lebih daripada 1,000 ciptaan, teknologi dan produk telah dipamerkan oleh pencipta dari lebih 20 buah negara termasuk dari universiti awam dan swasta, syarikat korporat, agensi kerajaan dan individu.

Tahniah diucapkan kepada penyelidik-penyelidik LGM yang telah memenangi satu pingat emas dan dua pingat perak di ITEX 2019. Dr Norsofiana Umar telah memenangi pingat emas dengan ciptaannya RRIMCISION Tapping Knife. Satu pingat perak digondol oleh Epoxidised Natural Rubber Latex (ENRL) Concentrate in Dipped Product Applications, hasil kerjasama penyelidik LGM iaitu Dr Fatimah Rubaizah Mohd Rasdi, Dr Dazylah Darji, Mohamad Akmal Abdul Rahim dan Dr Manroshan Singh a/l Jaswan Singh. Pingat perak kedua dianugerahkan kepada RRIMTAP Machine hasil ciptaan Dr Norsofiana Umar dan Dr Muhammad Akbar Abdul Ghaffar.

Antara pegawai yang menyertai ITEX

Sesi penerangan produk kepada juri