MESYUARAT-MESYUARAT ASEAN RUBBER BUSINESS COUNCIL (ARBC) DIHOSKAN OLEH THAI RUBBER ASSOCIATION (TRA) PADA 4 MEI 2019 DI BANGKOK, THAILAND

Bersempena dengan Majlis Makan Malam Tahunan Thai Rubber Association (TRA) yang telah diadakan pada 3 Mei 2019, ASEAN Rubber Business Council (ARBC) telah mengadakan dua mesyuarat iaitu perhimpunan ARBC ke-25 dan mesyuarat ke-25 Jawatankuasa Teknikal Hal-Hal Berkenaan Kontrak (TCCM) di Centara Grand Central World, Bangkok, Thailand pada 4 Mei 2019. Di antara agenda penting yang dibincangkan ialah kontrak-kontrak perdagangan getah antarabangsa, statistik getah asli, hal-hal berkaitan perdagangan getah antarabangsa serta perkara-perkara berkenaan pentadbiran ARBC.

Mesyuarat tersebut yang dihoskan oleh TRA telah dihadiri oleh perwakilan ARBC yang terdiri daripada Thai Rubber Association (TRA), Rubber Association of Indonesia (GAPKINDO), Rubber Trade Association of Singapore (RTAS), Malaysian Rubber Exchange (MRE)/ Federation of the Rubber Trade Association of Malaysia (FRTAM), Vietnam Rubber Association (VRA) dan Association for Rubber Development of Cambodia (ARDC). MRE yang merupakan Unit di bawah Lembaga Getah Malaysia merupakan sekretariat tetap kepada ARBC.

Delegasi ARBC yang menghadiri mesyuarat pada 4 Mei 2019