MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) & Productivity

Pada 9 April 2019, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Penyelidikan Getah Antarabangsa (International Rubber Research Development Board - IRRDB) telah menganjurkan MRB-IRRDB International Workshop on Soil Fertility, Good Agricultural Practices (GAP) & Productivity di Hotel Mahkota, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs En Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi), Kementerian Industri Utama. Turut hadir ialah YBrs Dr Amir Hashim Md Yatim, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Inovasi LGM, serta YBhg Datuk Dr Abdul Aziz S.A. Kadir, Ketua Setiausaha, IRRDB, juga peserta tempatan dan luar negara.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan para penyelidik dan pelbagai pihak di dalam industri getah terutamanya dalam teknologi terkini termasuk berkaitan kesuburan tanah, teknologi penuaian dan amalan pertanian yang baik. Selain itu, bengkel ini juga menyediakan platform bagi peserta untuk bertukar idea dan kepakaran dengan wakil-wakil dari negara-negara anggota IRRDB.

Penceramah jemputan terdiri daripada anggota LGM, IRRDB dan universiti tempatan. Selain bengkel, beberapa pameran berkaitan teknologi huluan, produk dan industri getah juga telah diadakan untuk mempromosi aktiviti penyelidikan dan pembangunan LGM. Diharapkan bengkel ini telah berjaya memberi menafaat dalam meningkatkan pengetahuan peserta tentang industri dan teknologi kesuburan tanah, produktiviti dan amalan pertanian yang baik.

YBrs En Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementerian Industri Utama menyampaikan ucapan perasmian

Antara peserta-peserta bengkel

En Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) Kementerian Industri Utama melawat pameran yang disediakan