Lawatan Misi Teknikal Teknologi Jalan Raya Getah oleh Delegasi Filipina.

Pada 23 dan 24 November 2017, satu lawatan teknikal mengenai jalan raya getah telah diadakan oleh delegasi dari Filipina ke Lembaga Getah Malaysia (LGM). Delegasi diketuai oleh Dr. Sitti Amina M. Jain daripada Jabatan Perdagangan dan Perindustrian selaku Penyelaras Kluster Industri Getah Kebangsaan, Filipina. Turut bersama didalam misi teknikal ini adalah pegawai-pegawai dan para penyelidik daripada pelbagai latar belakang yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya, Pihak Berkuasa Industri Pembinaan, Jabatan Sains dan Teknologi dan Lembaga Kemajuan Mindanao.

Objektif lawatan adalah bagi melihat perkembangan dan keberkesanan teknologi jalan raya getah yang dibangunkan oleh pihak LGM. Lawatan teknikal ini adalah kesinambungan daripada misi teknikal LGM bersama pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) ke Filipina sebelum ini yang mana pihak kerajaan Filipina dilihat berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi akan teknologi ini.

Menerusi lawatan ini, pihak delegasi berpeluang membuat kunjungan ke Makmal Jalan Raya Getah di LGM Sungai Buloh, Selangor yang mana mereka telah diberikan penerangan terperinci dan komprehensif mengenai inovasi ini. Selain itu juga, mereka turut dibawa melawat ke Asphalt Technologies Sdn Bhd dan RICS Sdn Bhd yang mana merupakan rakan kerjasama LGM dalam membangunkan inovasi ini.

Lawatan ke Makmal Jalan Raya Getah LGM Sungai Buloh. Penerangan oleh Dr Mazlina Mustafa Kamal

Lawatan ke Asphalt Technology Sdn Bhd.

Lawatan ke RICS Sdn Bhd.