Lawatan Kerja Hainan Rubber Group ke Lembaga Getah Malaysia

Pada 6 hingga 8 November 2017, satu lawatan kerja telah diadakan oleh Hainan Rubber Group ke Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sungai Buloh, Selangor. LGM diwakili oleh Dr Amir Hashim Md Yatim, Pengarah Bahagian Teknologi dan Kejuruteraan, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti dan Perkhidmatan Teknikal dan En. Ang Chai Seng, Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah. Turut hadir adalah wakil industri Federation of Rubber Trade Association of Malaysia, En. Tan Swee Hua dan Cik Gong Suk Kin serta Puan Sarimah Nasir daripada Felda Rubber Industries Sdn Bhd (FRI).

Kunjungan delegasi Hainan Rubber Group ini membawa objektif kerjasama teknikal dan akademik selain bertukar pandangan dan kepakaran masing-masing didalam bidang berkaitan getah. Malah, ianya juga untuk meninjau peluang kerjasama perniagaan yang dapat menguntungkan kedua-dua belah pihak. Selain itu, delegasi turut berminat untuk mengetahui tentang pemprosesan getah asli di Malaysia dan piawaian-piawaian yang digunapakai.

Selain sesi perbincangan dan lawatan ke Pusat Pameran Barangan Getah Antarabangsa (IRPEC), pelawat turut dibawa melawat ke kilang pemprosesan getah Standard Malaysian Rubber (SMR) milik FRI di Temerloh, Pahang serta pembuat sarung tangan getah terbesar didunia, Top Glove Sdn Bhd.

Sesi perbincangan diantara pihak Hainan Rubber Group bersama pihak LGM dan FRTAM

Dr Amir Hashim Md Yatim menyampaikan cenderahati kepada kepada Ketua Delegasi

Lawatan ke Kilang Pemprosesan Getah FRI, Temerloh, Pahang

En Hue Kon Fah, Pengarah Eksekutif, Pembuatan dan En.Eric Soo Saw Ho, Pengarah Eksekutif Pelaburan Hartanah & Pembangunan Perniagaan menyambut kedatangan delegasi di Menara Top Glove.