Majlis Menandatangani Technology Licensing Agreement on Commercialisation of Crepe Rubber and Serum Processing

Majlis Menandatangani Technology Licensing Agreement on Commercialisation of Crepe Rubber and Serum Processing telah diadakan pada 23 November 2017 antara Lembaga Getah Malaysia dengan tiga syarikat di Dewan Persidangan, Bangunan Getah Asli (BGA). Syarikat yang terlibat adalah Syarikat Uniq Maju Enterprise, Syarikat GPT Agro Sdn Bhd dan Syarikat Flexible Tech Sdn Bhd.

Majlis telah dihadiri oleh YB Tan Sri Dato Sri Dr Muhamad Leo Toyad Abdullah, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia dan Pengerusi LGM Properties Corporation, YB Dr Mansor Abdul Rahman. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Gerik, YB Dato Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Sekijang, YB Tuan Anuar Abd Manap, Ahli Pengurusan Tertinggi LGM dan wakil-wakil syarikat.

Majlis ini diadakan bertujuan mewujudkan jalinan dengan pihak usahawan menerusi kerjasama perlesenan dan pemindahan teknologi bagi pengkomersilan teknologi LGM berkaitan pemprosesan dan pengeluaran crepe rubber dan serum pekat bagi memacu perubahan dan peningkatan ekonomi para pekebun kecil.

Sesi menandatangani perjanjian disaksikan YB Tan Sri Dato Sri Dr Muhammad Leo Toyad Abdullah dan dif-dif kehormat

Gambar berkumpulan setelah selesai sesi menandatangani perjanjian