Mesyuarat ASEAN Rubber Business Council (ARBC) Dihoskan oleh Vietnam Rubber Association (VRA) pada 8 Disember 2017, Da Nang City, Vietnam

Bersempena dengan Majlis Makan Malam Tahunan Vietnam Rubber Association (VRA) yang telah diadakan pada 8 Disember 2017, ASEAN Rubber Business Council (ARBC) telah mengadakan Mesyuarat ke-19 Jawatankuasa Ekonomi dan Statistiks di Furama Resort Danang pada 9 Disember 2017. Di antara hal-hal penting yang dibincangkan di mesyuarat tersebut ialah perangkaan getah asli, harga getah FOB, prospek pasaran, isu-isu semasa berkaitan perdagangan getah antarabangsa serta cadangan aktiviti-aktiviti ARBC pada tahun 2018.

Mesyuarat tersebut yang dihoskan oleh VRA dan dihadiri oleh perwakilan ARBC yang terdiri daripada Gabungan Perusahaan Karet Indonesia (GAPKINDO), Thailand Rubber Association (TRA), Vietnam Rubber Association (VRA), Association for Rubber Development of Cambodia (ARDC), Rubber Trade Association of Singapore (RTAS) dan Malaysian Rubber Exchange (MRE)/ Federal Rubber Trade Association of Malaysia (FRTAM).

Mesyuarat ke-19 Jawatankuasa Ekonomi dan Statistiks telah dipengerusikan oleh Mr. Vo Hoang An, Setiausaha Agung, Vietnam Rubber Association. Bersama-sama beliau adalah Setiausaha Agung Malaysian Rubber Exchange, Mr. Ang Chai Seng.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli ARBC yang terdiri daripada Gabungan Perusahaan Karet Indonesia (GAPKINDO), Thailand Rubber Association (TRA), Vietnam Rubber Association (VRA), Association for Rubber Development of Cambodia (ARDC), Rubber Trade Association of Singapore (RTAS) dan Malaysian Rubber Exchange (MRE)/ Federal Rubber Trade Association of Malaysia (FRTAM).

Perwakilan persatuan-persatuan di bawah ARBC.