Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah diadakan pada 23 November 2017. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada YBrs Dr Zairossani bin Mohd Nor sebagai Ketua Pengarah LGM yang baharu berkuatkuasa 1 November 2017.

YBrs Dr Zairossani telah terlibat secara langsung dan bertanggungjawab dalam perancangan penyelidikan dan inovasi di LGM dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Teknologi dan Kejuruteraan sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) pada tahun 2015.

Lembaga Getah Malaysia mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan menerusi bimbingan, kepakaran dan pengalaman luas yang dimiliki oleh beliau akan dapat memberi manfaat khususnya dalam penyelidikan dan pembangunan industri getah Negara.

Sesi perbincangan ringkas bersama YB Datuk Seri Mah Siew Keong dan Dr Zairossani berkaitan hala tuju pembangunan industri getah serta isu-isu indusri getah negara

Penyerahan surat lantikan kepada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia yang baharu, YBrs Dr Zairossani Mohd Nor oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), YB Datuk Seri Mah Siew Keong