Bengkel Kedah Rubber City

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menganjurkan Bengkel Kedah Rubber City (KRC) bersama pihak yang berkepentingan pada 14 dan 15 November 2017, berlangsung di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya.

Objektif Bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan penggiat industri mengenai pembangunan KRC. Terdapat 11 pembentangan yang dibuat oleh pegawai LGM bagi memfokuskan potensi pemudahcara dan eko-sistem yang diperlukan untuk menggalakkan dan menyokong pertumbuhan mampan KRC. Pemilik projek KRC adalah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan LGM telah dilantik sebagai rakan kongsi usahasama teknikal untuk projek KRC ini.

Sebahagian daripada kerja-kerja ini, LGM telah mengenalpasti sektor industri yang diperlukan yang boleh menjadi pemangkin untuk pembangunan KRC. Terdapat 7 kelompok industri yang dicadangkan dengan hasrat untuk memberi faedah kepada sosio-ekonomi yang optimum dan pulangan yang baik bagi KRC. Peserta Bengkel telah diberi penerangan mengenai kelompok industri yang dicadangkan dan maklumbalas juga telah diterima bagi tujuan penambahbaikan.

Dr Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM mempengerusikan perbincangan meja bulat.

Diantara agensi-agensi kerajaan dan penggiat industri yang turut serta.

Gambar berkumpulan