Pelantikan YBrs Dr Zairossani Mohd Nor sebagai Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Baru

Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin mengumumkan pelantikan YBrs Dr Zairossani Mohd Nor sebagai Ketua Pengarah LGM yang baru mulai 1 November 2017.

YBrs Dr Zairossani mempunyai pengalaman yang luas dalam penyelidikan getah asli dan mempunyai karier yang cemerlang dalam industri getah. Beliau bertanggungjawab mengurus program penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta aktiviti teknikal sokongan baig industri getah. Beliau juga telah mengetuai beberapa program R&D utama diperingkat kebangsaan dalam memajukan industri getah, serta mempunyai lebih daripada 50 kertas kajian dan 12 paten sehingga kini.

Beliau terlibat secara langsung dan bertanggungjawab dalam perancangan penyelidikan dan inovasi di LGM dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Teknologi dan Kejuruteraan sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) pada tahun 2015.

YBrs Dr Zairossani telah memulakan perkidmatan beliau dengan Institute Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pada tahun 1994. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian dari Universiti Guelph, Kanada serta Sarjana dan PhD dalam Sains Gunaan (Kejuruteraan Biokimia) dari Universiti Waterloo, Ontario, Kanada. Disamping itu beliau memegang sijil Pengurusan Perniagaan Eksekutif dari Asian Institute of Management.

Kini beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi dalam ISO/TC 45 (Rubber & Rubber Products) dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Standards and Conformity (ACCSQ) bagi Kumpulan Kerja Product berasaskan Getah bagi tempoh 2011 sehingga 2014.

Sebagai saintis, YBrs Dr Zairossani telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjaya beliau bersama LGM. Antara nya adalah Anugerah Pingat Emas The World Intellectual Property Organization (WIPO) bagi Penciptaan Terbaik Secara Keseluruhan di ITEX 2005 dan Pingat Emas Tan Sri BC Sekhar bagi sumbangan dan kepimpinan dalam industri getah pada tahun 2015.

Pelantikan YBrs Dr Zairossani Mohd Nor sebagai Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Baru