MRE Menyambut Ulang Tahun Ke-55

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-55, Malaysian Rubber Exchange (MRE) telah menganjurkan Majlis Makan Malam pada 6 Oktober 2017 di Hotel The Wembley, Georgetown, Pulau Pinang. Majlis ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila kira-kira 700 perwakilan industri getah dan tetamu mereka menghadiri majlis tersebut. Kehadiran syarikat syarikat pengeluar getah dari rantau ASEAN dan syarikat-syarikat pengguna getah dari China, India, Jepun, Iran, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Eropah menjadikan majlis tersebut sebagai forum untuk memupuk perhubungan baharu di samping mengukuhkan hubungan perdagangan yang sedia ada. Majlis makan malam tersebut telah dihoskan oleh Yang Berusaha Dr. Zairossani Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan MRE yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Lembaga Getah Malaysia.

Yang Berbahagia Datuk K. Yogeesvaran, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut. Sebagai amalan tahunan, majlis tersebut telah menyediakan peluang kepada para pengeluar berinteraksi dengan para pengguna dan rakan perniagaan mereka.

YBhg. Datuk K. Yogeesvaran turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Golf MRE serta cenderahati penghargaan kepada para penaja golf yang telah diadakan di sebelah pagi hari tersebut di Penang Golf Club, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

YBrs. Dr. Zairossani Mohd Nor menyampaikan ucapan aluan.

Ahli-ahli MRE dan industri getah di Majlis Makan Malam MRE.

Penyampaian cenderahati penghargaan kepada penaja Kejohanan Golf MRE 2017.

Kejohanan Golf MRE di Penang Golf Club.