Mesyuarat-Mesyuarat Anjuran Asean Rubber Business Council (ARBC) Bersempena Majlis Makan Malam Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) Di Pulau Pinang, Pada 7 Oktober 2017

Bersempena dengan Majlis Makan Malam Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) yang telah diadakan pada 6 Oktober 2017, ASEAN Rubber Business Council (ARBC) telah mengadakan mesyuarat Perhimpunannya yang ke-23 dan Mesyuarat Ke-19 Jawatankuasa Teknikal Hal-Hal Berkenaan Kontrak di Hotel, The Wembley, Georgetown, Pulau Pinang pada 7 Oktober 2017. Di antara agenda penting yang dibincangkan ialah berkenaan kontrak-kontrak perdagangan getah, statistik getah asli, prospek pasaran, isu-isu semasa berkaitan perdagangan getah antarabangsa serta hal-hal berkaitan pentadbiran dan kewangan organisasi.

Kedua-kedua mesyuarat tersebut yang dihoskan oleh MRE telah dihadiri perwakilan ARBC yang terdiri daripada Gabungan Perusahaan Karet Indonesia (GAPKINDO), Thailand Rubber Association (TRA), Vietnam Rubber Association (VRA), Association for Rubber Development of Cambodia (ARDC), Rubber Trade Association of Singapore (RTAS) dan Malaysian Rubber Exchange (MRE)/ Federal Rubber Trade Association of Malaysia (FRTAM).

Perhimpunan ARBC yang ke-23 telah dipengerusikan oleh Mr. Supadetch Ongsakul dari Thai Rubber Association (TRA) bagi pihak Pengerusi, Mr. Chaiyos Sincharoenkul

Mesyuarat Ke-19 Jawatankuasa Teknikal Hal-Hal Berkenaan Kontrak telah dipengerusikan oleh Mr. Teo Soon Huat dari Federation of the Rubber Trade Association of Malaysia (FRTAM).