Global Rubber Conference (GRC) 2017 Wickham Award

Seiring dengan Global Rubber Conference (GRC2017) edisi ke -13 yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 12 – 14 September 2017, 3 orang tokoh yang memberi sumbangan besar dalam industri getah di Malaysia telah dianugerahkan dengan Henry Wickham Award.

Penerima Henry Wickham Award adalah YBhg. Dato’ Dr. Kamarudin Ab Malek, Ketua Eksekutif Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), YBhg. Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengerusi Eksekutif dan pengasas Top Glove Sdn. Bhd. dan En. Or Tan Teng, Pengarah Urusan Doshin Rubber Product.

GRC 2017 telah dianjurkan oleh Confexhub dengan tema ‘Disruptive Technologies and New Business Models: Keystones to New Rubber Mega Trend’. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan diiringi oleh YBhg Datuk Dr Abdul Aziz SA Kadir, Pengerusi Confexhub, YBrs Puan Zurinah Pawanteh dan Dr. Zairossani Mohd Nor.