Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) kepada Pengerusi Lembaga Getah Malaysia

Tahniah diucapkan kepada YB Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia sempena pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M). Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana pada 9 September 2017.

YB Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia pada 1 Januari 2016 dan YB Tan Sri merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Mukah, Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada YB Tan Sri Dr Muhammad Leo Toyad di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M).