MRB at International Conference on Agriculture and Agro-based Industry Sarawak (ICAAS 2017)

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menyertai International Conference on Agriculture and Agro-based Industry Sarawak (ICAAS) 2017 yang telah diadakan pada 21-22 Ogos bertempat di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak. Persidangan yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak telah Berjaya menarik lebih dari 1,000 peserta persidangan dan hampir 2,000 pengunjung pameran.

LGM diperuntukkan 2 buah booth yang digunakan sepenuhnya untuk mempamerkan pelbagai teknologi yang dibangunkan untuk memberi pendedahan kepada peserta dan pengunjung yang majoriti terdiri dari ahli perniagaan, pegawai-pegawai kerajaan, usahawan, pelajar IPT dan pekebun kecil. Booth LGM pada kali ini bertumpu kepada aktiviti berbentuk hands on di mana terdapat 5 demonstrasi diadakan secara serentak sepanjang pameran diadakan. Demonstrasi tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu huluan dan hiliran. Untuk demonstrasi huluan, LGM menunjukkan cara-cara menoreh dan membuat cantuman benih kepada pengunjung yang rata-rata adalah pekebun kecil dan penjawat awam. Manakala di peringkat hiliran, demonstrasi Getah color, pembuatan belon serta lukisan lateks telah berjaya menarik perhatian pengunjung-pengujung muda.

Di samping itu juga, YB Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang juga turut hadir ke booth LGM untuk melihat sendiri aktiviti-aktivitii yang dijalankan. Pengarah Negeri Sarawak sempat menghadiahkan lukisan lateks kepada Timbalan Ketua Menteri sebagai promosi teknologi tersebut.

Aktiviti yang dijalankan di booth cukup meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus mencuba dan mendengar penerangan dari pegawai LGM mengenai inovasi-inovasi terkini yang dibangunkan sendiri oleh LGM.

Pengunjung booth LGM melukis menggunakan Getah Color

Ramai yang sanggup beratur untuk mencuba Getah color

Demonstrasi pembuatan belon dan lukisan lateks mendapat sambutan terutama dari pengunjung kanak-kanak

Pengarah LGM Sarawak, En Ismail Ibrahim menyerahkan lukisan lateks kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Warga LGM bergambar bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan juga Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu