Strategi bagi Lembaga Getah Malaysia dan Industri Getah Malaysia 2010-2020 Dilancarkan
Pada 18 Mei 2010, YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri Perladangan dan Komoditi trelah melancarkan dua strategi : Strategi untuk Lembaga Getah Malaysia dan strategi untuk Industri Getah Malaysia. Kedua-dua strategi ini adalah untuk tempoh 2010-2020.
Strategi bagi LGM adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan getah bertaraf dunia. LGM telah mengenalpasti tujuh kawasan tumpuan seperti berikut: (i) meningkatkan produktiviti sektor huluan (ii) membangunkan teknologi pemprosesan yang baru dan menjimatkan serta produk nilai tinggi, (iii) membangunkan untuk produk innovatif dan bernilai tinggi dan menyokong industri (iv) menjadi organisasi dengan pendanaan sendiri (v)Memberi khidmat sokongan yang berkesan dan efisyen, (vi) menjadi organisasi yang berbakat dan cemerlang (vii) menonjolkan LGM sebagai pusat kecemerlangan getah bertafaf dunia. Dari kawasan-kawasan tumpuan ini, perancangan bagi tindakan susulan dan tempoh masa telah disediakan dan akan diurus dan dipantau oleh unit-unit berkaitan di LGM
  
|
|