Sejarah Getah Asli Malaysia

Ringkasan Getah Asli Peranan dalam P&P RRIM Intellectual Properties (IP) Pending IP

Ringkasan Sejarah RRIM dan Industri Getah Malaysia

1925

Penubuhan Ibu Pejabat RRIM di Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
Pembukaan Stesen Penyelidikan di Sungai Buloh.
Permulaan perkhidmatan pengembangan.
Buku pertama khidmat nasihat diterbitkan.
Kajian sains tanah.
Mengkaji sifat-sifat kapilari, pemeliharaan tanah dan pembajaan.
Kajian juzuk lateks.

1930

Kajian penyakit akar.
Kajian peralatan/bahan getah di jalan raya. Pembinaan lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Klang menggunakan getah sebagai salah satu bahan.
Ibu Pejabat RRIM berpindah ke Batu 3, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Khidmat nasihat pekebun kecil ditubuhkan di RRIM.
Kajian awal getah cebisan.
Enakmen pembangunan/penubuhan semula RRIM.

1935

Lateks pekat berkrim.
Kacukan klon RRIM 600.
Ujikaji tanam semula di kebun kecil.

1940

Penjajahan Jepun. Kajian pengawetan makanan menggunakan lateks.
Lutois dikenalpasti sebagai organel istimewa dalam lateks.
Pengilangan barangan/produk pembedahan dari getah.

1945

Kajian pengekstrekan minyak dari biji getah.
Kajian penyakit South American Leaf Blight Disease dimulakan.

1950

Kajian pengawetan lateks, pelapik getah, getah induk, getah krep.
Getah Pemprosesan Khas dan pempolimeran cantuman.
Kajian mikrobiologi pengeluaran lateks pekat dan sistem pengawetan.
Penyelidikan ‘auxins’ sebagai penggalak hasil lateks.

1955

Pembukaan Sekolah Latihan Pekebun Kecil yang pertama di Melaka.
Pembangunan berterusan dalam kaedah untuk merangsang hasil.
Kejayaan awal penggunaan baja campuran NPK dalam percubaan di tanah pendalaman.
Kajian rawatan efluen di Stesen Penyelidikan RRIM, Sungai Buloh.

1960

Pembaharuan kaedah green budding.
Kajian pengeluaran/pengagihan berat molekul getah asli.
Penepatan teknik menspesifikasikan getah.
Penempatan elektron mikroskop di RRIM yang pertama di Asia.
Kajian tekanan turgor sistem pengaliran lateks dalam pokok getah.

1965

Kajian eksploratori kultur tisu.
Pelancaran skim SMR.
Promosi getah kelikatan malar (CV) kelikatan rendah (LV)
Konsep menyumbat saluran lateks ketika lateks mengalir selepas torehan dikaji.
Kejayaan dalam soal selidik tanah dan pencaturan syor pembajaan.
Cantuman jemala dan kajian pokok tiga bahagian.
Penyelidikan mengenai penggunaan etefon sebagai ransangan pengaliran lateks.

1970

Mempromosi konsep Environmak, di mana syor penanaman diasaskan mengikut persekitaran mikro kawasan penanaman.
Promosi tayar getah.
Permulaan pengeluaran Getah Asli Nyah Protein (DPNR).
Pembukaan Stesen Penyelidikan Kota Tinggi.
Kajian ketumpatan penanaman di lading bermula.

1975

Pengeluaran DPNR yang dipertingkatkan dari lateks ladang.
Lateks LA-TZ diperkenalkan.
Kajian torehan cucuk.
Kajian menternak kambing biri-biri di kawasan getah.
Percubaan torehan ke atas terkawal (torehan atas panel tinggi).
SMR GP diperkenalkan.
Kajian penggunaan kayu getah dimulakan.

1980

RRIM mengambil bahagian dalam ekspedisi pertama mencari gen getah Amazon, yang dibiayai oleh Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Getah Antarabangsa.
Penyelidikan ke atas rekombinan DNA (Biologi molekul dimulakan).

1985

Pelancaran cantuman muda untuk menggantikan cantuman hijau konvensional untuk pembiakan klon pokok getah.
Pengenalan kepada proses getah asli nyah protein yang telah ditingkatkan

1990

ROTORRIM dimajukan untuk menyah lateks skim.
Makmal Ujian Fizikal RRIM adalah makmal kerajaan yang pertama menerima pengiktirafan ISO/IEC Guide 25.
Kajian penggunaan gas ethylene untuk merangsang pengaliran lateks.
Pembersihan tanah berkonsepkan pembakaran sifar untuk penanaman semula getah mula diamalkan.

1995

1995 RRIM menyertai ekspedisi Amazon kali ke 2 dengan kerjasama Negara Brazil.
RRIM dilantik sebagai Organisasi Penulisan Standard untuk pembangunan Standard Malaysia bagi getah dan barangan buatan getah.
Pelancaran Skim Sarung Tangan Standard Malaysia.
Klon lateks balak siri RRIM 2000 dilancarkan.
Pokok-pokok getah trangenik RRIM menghasilkan enzim lateks rekombinan yang berfungsi.
RRIM bergabung dengan MRRDB dan MRELB untuk menubuhkan Lembaga Getah Malaysia.

2000

Bangunan demonstrasi tapak terpencil yang bercantum di Sabah bersama PORIM, menggunakan galas seismik getah.


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan