09:45:09 Rabu, 22 Oktober 2014
Bahasa  English  Bahasa Lain   A-  A+   Tukar ke variasi Asal Tukar ke variasi Biru Tukar ke variasi Oren Narrow Normal Wide
 

Timbalan Ketua Pengarah (P&I)

Mohd Akbar bin Md Said telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Lembaga Getah Malaysia mulai 1 April 2006. Beliau menggantikan Dato’ Dr Kamarul Baharain bin Basir yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah LGM mulai 1 Januari 2006.

Sebagai Timbalan Ketua Pengarah (P&I) beliau bertanggungjawab menentukan hala tuju, strategi dan pelan tindakan bagi semua aktiviti penyelidikan dan inovasi di LGM, serta bekerja rapat dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), industri getah Malaysia serta agensi-agensi lain dengan objektif untuk membangunkan sektor getah sebagai industri yang dinamik, meningkatkan produktiviti, mengembangkan produk-produk getah dan mendapatkan barang tambah nilai dari getah asli.

Dr Mohd Akbar mula berkhidmat di Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM) pada 1979 selepas mendapat Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pertanian, juga dari UPM. Beliau kemudian mendapat Ijazah Sarjana dari Oklahoma State University pada 1992 dan PhD (Plant Physiology) dari UPM pada 2004.

Beliau memulakan kerjaya beliau di RRIM sebagai Penolong Pegawai Penyelidik. Sepanjang lebih 27 tahun berkhidmat di institut ini, kini dikenali sebagai Lembaga Getah Malaysia, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penyelidik (1987) dan pada tahun 2003 beliau dilantik sebagai Ketua Unit Pengurusan Tanaman. Kemudianya beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi).

Dr Mohd Akbar mempunyai pengalaman yang luas dalam penyelidikan dan. pembangunan terutama dalam penorehan dan sistem eksploitasi getah. Ini termasuk stimulasi lateks, Low lntensity Tapping Systems (LlTS), etefon dan stimulasi gas serta promosi dan pengembangan LlTS kepada agensi-agensi implementasi tempatan. Dengan kepakaran dan pengalaman ini, beliau juga pernah menjadi konsultan kepada syarikat-syarikat tempatan dan luar negara.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau Dr Mohd Akbar telah menerbitkan lebih 50 kertas kerja, terutama dalam bidang teknologi eksploitasi. Pada tahun 2005, Dr Mohd Akbar telah menerima pingat emas di International Innovation, Industrial Design & Technology Exhibition bagi G-FLEX (Inflatable Container for Natural Uptake of Gaseous Stimulant for Increasing Tapping Yield of Latex). Beliau juga telah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang oleh LGM sebanyak tiga kali, pada 1994, 1998 dan 2004.

Kembali

UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan