Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga LGM terdiri daripada wakil-wakil dari pelbagai sektor penanaman getah (ladang getah/ pekebun kecil), pemproses dan pengeksport getah, pengeluar produk getah dan agensi kerajaan. Pengerusi dan ahli lembaga dilantik dua tahun sekali oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Ketua Pengarah LGM merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan bertanggungjawab terhadap operasi harian LGM. Beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah yang bersama-sama menerajui lima bahagian operasi dan penyelidikan.