Mesin Torehan Automatik (ARTS)

Mesin Torehan Automatik atau dikenali sebagai ARTS merupakan satu mesin yang dipasang pada pokok getah untuk menoreh secara automatik mengikut pengaturcaraan yang telah ditetapkan. Mesin ini telah direkabentuk dengan satu sistem kawalan elektronik untuk mengawal operasi mesin tanpa memerlukan kawalan secara manual. Tenaga solar digunakan untuk mem bekalan kuasa bagi menjamin bekalan kuasa berterusan untuk ARTS beroperasi dan seterusnya menggalakkan konsep teknologi hijau dan mesra alam.

ARTS merupakan satu inovasi Lembaga Getah Malaysia dalam menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan satu masyarakat yang berteknologi tinggi, kompeten dan maju. ARTS merupakan satu lagi penemuan oleh Lembaga Getah Malaysia dalam usaha membantu menjadikan Malaysia satu negara pengeluar getah yang lebih berdaya saing. Penggunaan ARTS dapat mengurangkan kebergantungan tenaga buruh mahir dalam industri getah khususnya sektor huluan. Penyelidikan dan pembangunan ini akan menjadi satu anjakan paradigma kepada industri getah negara terutamanya sektor huluan. Kemajuan industri getah perlulah seiring dengan kemajuan teknologi.


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan