RITeS

Rubber Information & Traceability System


Klon-klon yang disyorkan oleh LGM amat penting dalam memastikan produktiviti getah dapat dipertingkatkan. Bagi menawarkan bahan tanaman yang berkualiti, LGM telah membangunkan satu inovasi yang dapat membantu mengesan sumber bahan tanaman yang dibekalkan kepada pemilik ladang. Pemilik ladang perlu mengisi borang yang dibekalkan oleh LGM yang mengandungi butiran klon, nama dan alamat pembekal bahan tanaman serta nombor plat kenderaan yang digunakan untuk proses penghantaran bahan tanaman tesebut. Klon-klon yang dibekalkan itu perlu mendapat kelulusan daripada klon inspektor dari LGM sebelum klon tersebut dihantar.

Kini, dengan terhasilnya RITeS, pegawai penguatkuasa hanya perlu memeriksa kod bar yang terhasil pada setiap bahan tanaman tersebut. Setiap pengusaha nurseri atau pembekal dikehendaki untuk mengisi maklumat penting untuk semua bahan tanaman yang dikeluarkan. Perisian ini kemudiannya akan menghasilkan kod bar yang unik, khusus untuk tanaman yang dibekalkan. Kod bar ini boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga tahun.

Dengan menggunakan perisian ini, bahan tanaman yang akan dibekalkan kepada pekebun kecil mahupun pihak industri terjamin mutunya dan mengikut kehendak LGM. Ini bukan sahaja dapat menyokong program tanam semula dan tanam baru getah malah ia dapat meningkatkan produktiviti nasional getah asli kepada 2,000/kg/tahun pada 2020 selaras dengan apa yang dirancang di bawah NKEA Getah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Dr Mohd Nasaruddin Mohd Aris
Pengarah Bahagian Kemajuan Pengeluaran
Tel : 03-9206 2114/ 03-6145 4728/ 03-6157 7854
Faks : 03-6156 3296
Emel: nasaruddin@lgm.gov.my


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan