Sistem Pensijilan Barangan LGM

Pensijilan Barangan Getah Pengeluar SMG Pengantungan/PemanatanPekelilingBorangCarta Aliran
Sistem Pensijilan Barangan Getah LGM

Logo Lembaga Getah MalaysiaLogo Pensijilan Produk LGMDalam perdagangan dunia yang semakin kompetitif, pengguna dan pembeli mahu barangan yang dijamin mutu kualiti, tahan lasak dan selamat digunakan. Begitu juga pihak berkuasa, perlu memastikan barangan yang dikawal, mematuhi peraturan yang ditetapkan. Salah satu cara untuk menjamin mutu barangan ialah melalui pensijilan barangan, di mana badan berkecuali memberi jaminan mutu sesuatu barangan mematuhi piawaian kebangasaan atau antarabangsa. Sistem Pensijilan Barangan Getah LGM merupakan satu sistem yang memberi jaminan mutu kepada barangan getah. Sistem Pensijilan Produk ini beroperasi di bawah Lembaga Getah Malaysia, satu agensi di bawah Kementerian Perladangan Perusahaan dan Komoditi.

Sistem ini memberi kebenaran kepada pembuat barangan getah untuk menggunakan Logo Pensijilan LGM, tambahan kepada Sijil Pematuhan yang dikeluarkan ke atas barangan yang mematuhi piawaian atau speksifikasi yang ditetapkan. Pematuhan berterusan dijamin melalui odit pemantauan yang kerap keatas barangan dan juga kepada pengeluar. Penyertaan dalam Sistem Pensijilan Barangan pada amnya adalah secara sukarela namun keperluan regulatory boleh membuatkan sistem ini mandatory untuk sesetengah produk.

Pihak LGM menggunakan sistem ISO No.5 sebagai skim pensijilan. Di bawah sistem ini, pensijilan diberikan sekiranya produk mematuhi piawaian/ speksifikasi dan pihak pengeluar mempunyai pensijilan sistem pengurusan kualiti untuk memastikan pematuhan yang berterusan dengan piawaian atau speksifikasi. Skim pensijilan selain daripada menggunakan sistem ISO No.5 boleh juga dibangunkan untuk memenuhi keperluan semasa.

Kenapa perlu pensijilan?

Kelebihan pensijlan produk adalah termasuk:
  • Dalam perdagangan dunia yang semakin kompetitif dan menekankan kepada kualiti, harga dan perkhidmatan, kehadiran pematuhan logo persijilan kepada sesuatu piawaian atau spesifikasi membuktikan produk dijamin mutu kualiti.
  • Kehadiran logo pensijilan dapat membezakan antara produk berkualiti dan tidak berkualiti. Maka dapat digunakan sebagai strategi pemasaran dan meningkatkan imej pengeluar sebagai pengeluar barangan berkualiti.
  • Tidak perlu ujian ulangan terhadap produk dilakukan oleh pembeli atau pengguna.
  • Pihak berkuasa mempunyai keyakinan ke atas produk yang membawa logo persijilan kerana membuktikan produk yang berkualiti, tahan lasak dan selamat digunakan.

Bagaimana untuk mendapatkan persijilan?

Pengeluar produk barangan getah yang memerlukan pensijilan daripada LGM, boleh menghubungi Secretariat Pensijilan Produk LGM di alamat seperti tertera dibawah:

Syuhaizat Md Ali

RRIM Research Station
Malaysian Rubber Board

47000 Sungai Buloh
SELANGOR DARUL EHSAN

REGULATORY & QUALITY ASSURANCE (RQA)
Tel: 03 – 6145 9400/9469/9415/9421/9417
Fax: 03 – 6157 6525
Emel: syuhaizat@lgm.gov.my


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan