Mengenai Kami
Getah asli dihasilkan oleh pokok getah Hevea brasiliensis. Hasil lateks bagi pokok getah liar adalah rendah dan tidak ekonomi untuk penanaman secara komersil. Adalah menjadi tanggungjawab Unit Pembaikan dan Perlindungan Tanaman (UPPT) untuk menghasilkan klon-klon getah baru dengan hasil lateks yang tinggi. Program pembiakbakaan dan pemilihan telah dijalankan oleh unit dalam usaha untuk mencapai objektif tersebut. Progeni getah baru dihasilkan daripada pendebungaan tangan yang dijalankan setiap tahun. Progeni getah tersebut perlu melalui pernilaian yang ketat di pelbagai peringkat ujian pemilihan di nurseri, percubaan skala kecil, penanaman secara blok atau percubaan skala besar. Klon dipilih berdasarkan hasil lateks dan balak yang tinggi, pertumbuhan yang baik, morfologi pokok yang baik, ketahanan terhadap angin, penyakit dan kering kulit, serta ciri-ciri sekunder lain seperti ketebalan kulit. Matlamat semasa program pembiakbakaan ialah menghasilkan klon yang mempunyai hasil lateks melebih 3500 kg/ha/thn dan juga jumlah kayu getah/pokok melebihi 1.5 kubik meter. Unit ini mempunyai pengumpulan sumber genetik getah yang luas untuk program pembiakbakaannya.
Kehilangan tanaman berlaku apabila tanaman getah diserang oleh penyakit yang meranggas atau membunuh pokok tersebut. Unit ini membangunkan kaedah dan prosedur untuk menangani penyakit penting getah. Prosedur ini meliputi pengurangan dalam kos rawatan, keperluan tenaga kerja dan pencemaran persekitaran. Unit ini juga melakukan saringan ketahanan terhadap penyakit bagi klon-klon baru dan menilai prestasi klon terhadap serangan penyakit di ladang. UPPT juga menjalankan kajian terhadap kawalan rumpai terutamanya dalam membangunkan prosedur kos effektif mesra persekitaran dalam menangani rumpai bagi pekebun kecil.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ketua Unit Pembaikan dan Perlindungan Tanaman
Emel: nasaruddin@lgm.gov.my