Mengenai Kami
Fungsi utama Unit ini adalah menjalankan R&D di dalam bidang yang berkaitan dengan penggunaan getah dalam kejuruteraan dan mengendalikan perundingan teknikal dan servis ujikaji terhadap produk-produk yang berasaskan getah. Elemen penting bagi aktiviti-aktiviti ini adalah penggunaan analisa unsur tidak terhingga (FEA) dan teknik rekabentuk dengan bantuan komputer didalam merekabentuk dan menganalisa ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu komponen getah. Terdapat empat bidang R&D yang difokuskan oleh Unit ini iaitu:
(1) Seismik dan pengasingan gegaran
(2) Marin
(3) Pengangkutan keretapi
(4) Otomotif
Pemencil Sismik dan Gegaran
Galas getah redaman tinggi (HDRB) – peralatan inovatif untuk perlindungan struktur daripada kerosakan akibat gempa bumi yang berkesan – merupakan satu pembangunan bersama LGM dan University of California, Berkeley dalam tahun 80-an dan telah diterimapakai dan berjaya digunakan secara meluas di seluruh dunia. Berbeza dengan teknik pengukuhan konvensional, HDRB melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur, maka teknologi ini adalah sangat berguna kepada bangunan kritikal seperti hospital, kelengkapan ketenteraan dan pusat kecemasan yang perlu terus berfungsi selepas kejadian gempa bumi yang teruk. Dalam kejadian gempa bumi kebelakangan ini, teknologi ini telah terbukti sangat berkesan ketika kejadian gempa bumi Los Angeles (1994) dan Kobe (1995) dan ini telah membawa kepada peningkatan drastik dalam penggunaan teknologi ini di seluruh dunia terutamanya di Jepun. Hari ini, lebih daripada 8000 struktur di negara yang mempunyai gempa bumi seperti Amerika Syarikat, Jepun, China, Taiwan, New Zealand dan Itali telah menggunakan teknologi ini. Kebelakangan ini, LGM telah berjaya meyakini kerajaan Iran untuk menggunakan teknologi HDRB dalam pembinaan 150 blok bangunan 8 hingga 12 tingkat untuk bandar baru Parand, di selatan Tehran. Pembinaan ini sedang berlangsung dan projek ini merupakan projek penggunaan galas getah sismik yang terbesar di dunia. LGM terlibat secara aktif dalam merekabentuk, pembuatan dan menguji galas getah berkenaan.
Dalam konteks aktiviti penyelidikan dan pembangunan, penyelidikan menumpu ke atas aspek berkenaan dengan pengurangan kos dalam pembuatan galas getah. Di samping itu, penyelidikan juga dilakukan untuk mengoptimumkan prilaku HDRB.
Marin
Permintaan dunia terhadap minyak dan gas yang semakin berkurangan telah memaksa kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran dilakukan di kawasan air yang lebih dalam dan lebih jauh dari pesisir pantai. Disebabkan oleh persekitaran yang berbahaya, adalah lebih baik dari segi ekonomi dan efektif untuk melakukan kerja-kerja memasang siap pelantar di daratan dan diangkut ke tapak projek di luar pesisir dengan menggunakan kapal pengangkut (baj). Sel kejut getah diperlukan ketika pemasangan pelantar ke atas tinag untuk melindungi struktur yang mahal daripada kerosakan. LGM telah berjaya melakukan banyak projek dalam merekabentuk sel kejut. Kapasiti purata beban yang biasa untuk sel kejut getah adalah lebih kurang 2,000 ton. Namun, kebelakangan ini, industri luar pesisir memerlukan kapasiti yang lebih tinggi iaitu 10,000 ton. Pada tahun 2007, LGM telah berjaya melahirkan satu generasi sel kejut getah yang baru, yang mempunyai kapasiti beban 5,000 ton. LGM kini sedang menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan sel kejut yang baru dan kompound getah yang unik untuk meningkatkan kapasiti beban kepada 10,000 ton.
Satu bidang yang sedang diselidik dengan aktif ialah penggunaan dapra getah untuk melindungi kapal dan pelabuhan. Dapra sel adalah salah satu dapra getah yang digunakan secara meluas untuk kapal-kapal besar dan mempunyai ketinggian sehingga 2m dan beratnya lebih kurang 2 hingga 3 ton. Kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan bersangkut paut dengan aspek pengoptimumam rekabentuk tatarajah, keadaan pengawetan dan pengurangan kos.
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
Pembuatan kaki plantar minyak |
Tongkang digunakan untuk mengalihkan platform ke kaki dan process penggabunganya mengambil masa 24 jam.
|
Platform sedia untuk beroperasi. |
Satu lagi bidang pengkhususan yang giat diterokai ialah penggunaan dapra getah
untuk perlindungan antara kapal dan pelabuhan. P & P sedang dijalankan dalam bidang berkaitan untuk mengoptimumkan konfigurasi dapra
dan pengurangan kos.
|
 |
| Dapra sel digunakan untuk melindungi pelabuhan dan kapal besar |
 |
 |
 |
 |
| FEA digunakan untuk menilai ciri-ciri dapra |
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr Nazirah Ahmad
Ketua Unit Kejuruteraan dan Rekabentuk Produk
Stesen Penyelidikan RRIM
Lembaga Getah Malaysia
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
Tel: 03-6145 9475 ext 4470 / 03-61561824 (Talian Terus)
Fax: 03-6156 4418
Emel: nazirah@lgm.gov.my