Penyelidikan & Inovasi

Hiliran - Kimia & Eksploratori Bahan

Mengenai KamiKemudahanPerkhidmatanAktiviti Penyelidikan
Mengenai Kami

Unit Kimia & Eksploratori Bahan (UKEB) ditubuhkan pada akhir 2006. Fungsi utama unit ini adalah untuk menjalankan penyelidikan asas mengenai getah asli termasuk pengubahsuaian molikul getah untuk membolehkan bahan baru dikeluarkan. Salah satu objektif paling penting pengubahsuain getah asli ialah untuk memperbaiki kelemahan sifat getah akan memberi tambah nilai kasli berbanding polimer sintetik. Bahan-bahan terubasuai ini akan memberi tambah nilai kepada getah asli dan dijangka akan menambah kegunaanya dalam aplikasi-aplikasi yang didominasi oleh getah dan lateks sintetik. Adalah penting polimer dan lateks baru dikembangkan dari sumber yang boleh diperbarui seperti getah asli. Minyak mintah adalah bahan utama untuk pengeluaran polimer sintetik dan rizabnya sentiasa berkurangan. Pengubahsuaian kimia getah asli mungkin dapat menangani beberapa isu-isu yang dinyatakan diatas.

Kajian mengenai pengubahsuaian getah asli bermula dengan pesat pada tahun 1950an. Sehingga sekarang hanya beberapa jenis getah asli dan lateks terubahsuai yang berjaya dipasarkan. UKEB sedang memulakan beberapa program penyelidikan jangka panjang, dari penguahsuaian kimia getah asli. Pengubahsuaian kimia getah melalui lateks adalah proses yang versatile dimana kerja pengubahsuaian tidak memerlukan pelarut getah atau tengaga yang tinggi. Lateks terubahsuai boleh dijadikan getah kering, lateks pekat atau lateks perantara. Tumpuan akan diberikan kepada penggunaan lateks ladang sebagai bahan permulaan kerana kaedah pengubahsuaian seperti ini mempertingkat keupayaan bahan yang dihasilkan untuk dikomersialkan. Unit ini juga sedang mengkaji pengembangan lateks getah asli terubahsuai yang mempunyai sifat pembentukan filem yang bagus yang boleh membuat lateks ini sesuai untuk pembikinan barangan lateks. Pengembangan untuk pembuatan barangan getah asli dan lateks yang tinggi rintangan minyak/kimia adalah agenda pengubahsuaian getah asli yang penting. UKEB akan juga memesatkan pengembangan lateks getah asli terubahsuai untuk aplikasi-aplikasi perekat/pelekat berasas air. Ini adalah sektor dimana lateks getah asli yang berharga dapat dimenefaatkan dengan lebih berkesan.

Untuk maklumat terperinci:
Ketua Unit Kimia & Eksploratori Bahan
Tel: 03-6145 9475 ext 4513/ 603-6156 3298 (Talian Terus)
Fax: 603-6141 3167


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan