Akademi Hevea Malaysia
(a) Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di AHM?
Pihak AHM menawarkan kursus jangka pendek iaitu dalam bidang huluan dan hiliran getah. Peserta yang berminat boleh merujuk ke jadual kursus yang dilampirkan di dalam web AHM.
(b) Berapakah bayaran kursus yang dikenakan?
Bagi kursus berjadual , yuran kursus yang dikenakan adalah RM 200/pax /hari. Bagi kursus tanpa jadual, bayaran kursus akan dikenakan secara pakej.
(c) Apakah kemudahan yang terdapat di AHM?
AHM dilengkapi dengan keperluan bilik kuliah , makmal, perpustakaan, lodge, auditorium, dewan perdana , kilang pemprosesan SMR dan dikelilingi dengan kemudahan rekreasi.
(d) Berapakah bayaran yang dikenakan bagi kemudahan tersebut?
Bilik kuliah – RM 400/hari
Makmal / Kilang – RM 350/hari
Auditorium / Dewan Perdana – RM 1000/hari
Bilik Penginapan (lodge) – RM 80 (twin sharing), RM 90 (3 bedded)
(e) Dimanakah lokasi AHM?
AHM ini terletak hanya 5 km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.
(f) Bagaimanakah cara pembayaran bagi kursus / penginapan?
Bayaran boleh dibuat secara cek atau tunai kepada LEMBAGA GETAH MALAYSIA dan dialamatkan kepada:
Rektor, AHM
Stesen Penyelidikan RRIM
47000 Sungai Buloh
Selangor
Tel: 03-6157 4650
Emel: haliza@lgm.gov.my
Pendaftaran & Pelesenan
1. Di mana Unit Pendaftaran & Pelesenan terletak?
Unit Pendaftaran & Pelesenan terletak di Tingkat 13, Bangunan Getah Asli (Menara), 148 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur.
2. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pendaftaran dan Pelesenan?
Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pendaftaran dan Pelesenan ialah:
- Mendaftar dan Memperbaharui Perakuan CC, DD dan EE
- Memproses dan mengeluarkan Permit Pengeksportan Getah
- Memproses pengesahan Sijil Tempat Asal bagi getah
3. Apakah Perakuan CC, DD dan EE?
Perakuan CC ialah Perakuan untuk Membungkus Getah untuk Dieksport, Perakuan DD ialah Perakuan untuk Menghantar Getah untuk Dieksport dan Perakuan EE ialah Perakuan untuk Menghantar Sarung Tangan Getah untuk Dieksport.
4. Berapakah Yuran yang dikenakan untuk setiap Perakuan?
Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM300 untuk Perakuan CC, RM500 untuk Perakuan DD dan RM200 untuk Perakuan EE.
5. Apakah syarat permohonan untuk setiap Perakuan?
Syarat-syarat permohonan untuk setiap Perakuan adalah seperti berikut:-
- Perakuan CC
- Pemohon mempunyai Lesen Mengawet Getah (Lesen B) di alamat premis yang dipohon
- Modal berbayar minimum RM500,000 bagi bukan bumiputera dan RM300,000 untuk bumiputera
- Pemohon bukan pemegang Lesen untuk Membeli Getah bagi Pengilangan Keluaran Getah (Lesen C)
- Perakuan DD
- Pemohon memiliki Lesen untuk Membeli dan Menjual Getah (Lesen A(i) A(ii)) di alamat premis yang dipohon
- Ahli MRE (memerlukan modal berbayar minimum RM500 000 untuk bukan bumiputera dan RM300 000 untuk bumiputera)
- Mempunyai modal berbayar minimum RM500 000 untuk bukan bumiputera dan RM300 000 untuk bumiputera
- Pemohon bukan pemegang Lesen C
- Perakuan EE
- untuk kategori pengilang, pemohon memiliki Lesen untuk Membeli Getah bagi Pengilangan Keluaran Getah (Lesen C) di alamat premis yang dipohon
- Mempunyai modal berbayar minimum RM500 000
6. Apakah dokumen yang diperlukan bagi setiap permohonan?
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
- Borang 24, 49 dan salinan Memorandum dan Perkara Persatuan (M&A) untuk syarikat Sdn. Bhd.
- Pelan lokasi premis cadangan
- Salinan Lesen B (permohonan Perakuan CC), Lesen A(i) A(ii) (permohonan Perakuan DD) dan Lesen C (Perakuan EE bagi kategori pengilang)
7. Bagaimanakah cara memohon Perakuan Baru?
- Lengkapkan borang 3 bagi permohonan Perakuan CC & DD atau borang 8 bagi permohonan Perakuan EE (borang permohonan boleh diperolehi dari Unit Pendaftaran & Pelesenan atau dimuat turun dari laman web)
- Borang permohonan berserta dokumen dan bayaran (cek/ wang pos/ kiriman wang/ draf bank atas nama Lembaga Getah Malaysia) perlu dihantar secara pos atau serahan tangan ke Unit Pendaftaran dan Pelesenan
8. Berapakah yuran yang dikenakan untuk Permit Pengeksportan Getah?
Yuran yang dikenakan adalah mengikut kategori Permit seperti dalam jadual di bawah:
| Jenis | Jumlah TAN | Yuran (RM)/Keping |
| A | 1 | 2.50 |
| B | 2 | 5 |
| C | 5 | 12.50 |
| D | 10 | 25.00 |
| E | 25 | 62.50 |
| F | 50 | 125.00 |
| G | 100 | 250.00 |
| H | 200 | 500.00 |
9. Apakah syarat permohonan Permit Pengeksportan Getah?
Pemohon mempunyai Perakuan DD.
10. Apakah dokumen yang diperlukan?
Salinan Perakuan DD yang masih sah.
11. Bagaimanakah cara memohon Permit Pengeksportan Getah?
- Lengkapkan borang 5 (borang permohonan boleh diperolehi dari Unit Pendaftaran dan Pelesenan atau dimuat turun dari laman web)
- Borang permohonan berserta dokumen dan bayaran (cek/ wang pos/ kiriman wang/ draf bank atas nama Lembaga Getah Malaysia) perlu dihantar secara pos atau serahan tangan ke Unit Pendaftaran dan Pelesenan
12. Berapakah yuran yang dikenakan untuk permohonan Sijil Tempat Asal bagi Getah?
Yuran yang dikenakan adalah seperti dalam jadual di bawah:
| Perkara | Bilangan | Yuran (RM) |
| 1 Buku | 100 Keping | 12.00 |
| Endosmen | 1 Endosmen | 6.00 |
13. Apakah syarat permohonan untuk Sijil Tempat Asal bagi Getah?
Pemohon telah menghantar Surat ‘Indemnity’ setiap tahun.
14. Bagaimanakah cara memohon Sijil Tempat Asal untuk Getah?
- Lengkap dokumen permohonan
- Dokumen permohonan berserta bayaran (cek atas nama Lembaga Getah Malaysia atau wang tunai) perlu dikembalikan ke Unit Pendaftaran dan Pelesenan atau pejabat LGM yang berhampiran untuk diproses dan endosmen
15. Apakah kategori lesen LGM?
Kategori lesen LGM adalah seperti dalam jadual di bawah:
| Jenis | Penerangan | Yuran (RM) |
| A(i) | Lesen untuk Membeli Getah | 200.00 |
| A(ii) | Lesen untuk Menjual Getah | 200.00 |
| B | Lesen untuk Mengawet Getah | 500.00 |
| C | Lesen untuk Membeli Getah bagi Pengilangan Keluaran Getah | 500.00 |
| D | Lesen untuk Mencambahkan, Menumbuhkan, Menanam atau Mencedung Bahan Tanaman Getah bagi Maksud Perdagangan. | 500.00 |
16. Apakah syarat permohonan untuk setiap lesen?
Syarat permohonan bagi setiap lesen adalah seperti berikut:
- Lesen A(i) & A(ii) - Peniaga
- Modal minimum RM5,000
- Premis cadangan hendaklah sekurang-kurangnya 100 meter dari sungai , rumah kediaman dan kemudahan awam
- Premis cadangan pemohon akan dirujuk kepada Majlis Daerah/Perbandaran, Kesihatan, Bomba (kecuali premis dalam kebun)
- Nama pemohon akan dirujuk kepada pihak polis (kecuali Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad)
- Lesen A(i) & A(ii)- Dagangan
- Modal minimum RM10000
- Lesen A(i) & A(ii) - Sisa Getah Bukan Berjadual
- Modal minimum RM10,000
- A(ii) - Estet
- Keluasan 100 ekar ke atas
- Lesen B - Kilang Memproses Getah
- Mempunyai lesen A(i) & A(ii)
- Modal berbayar minimum RM250,000
- Premis cadangan pemohon akan dirujuk kepada Pejabat Daerah/Perbandaran, Kesihatan, Bomba dan Alam Sekitar
- Lesen C - Kilang Keluaran Barangan Getah
- Modal berbayar minimum RM20,000 bergantung kepada saiz kilang dan produk dikeluarkan
- Premis cadangan pemohon akan dirujuk kepada Pejabat Daerah/Perbandaran, Kesihatan, Bomba dan Alam Sekitar
- Lesen D - Nurseri
- Modal minimum RM5,000
- Mempunyai tapak semaian yang bersesuaian bagi pengeluaran benih getah
17. Apakah dokumen yang diperlukan?
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan
- Borang 24, 49 dan salinan Memorandum dan Perkara (M&A) untuk Syarikat Sdn. Bhd.
- Salinan kad pengenalan, penyata bank/buku simpanan (pemohon individu sahaja)
- Pelan lokasi premis cadangan
- Salinan geran tanah/surat kebenaran sewa tanah (bagi lesen A dan D)
18. Bagaimanakah cara memohon lesen?
- Lengkapkan borang 3 (boleh diperolehi dari Unit Pendaftaran dan Pelesenan atau dari Pejabat LGM yang berhampiran atau muat turun dari laman web)
- Borang dan bayaran (cek/ wang pos/ kiriman wang/ bank draf) atas nama Lembaga Getah Malaysia dihantar secara pos atau serahan tangan ke Pejabat LGM yang berhampiran
Ketua Unit Pendaftaran & Pelesenan
Tel: 03 9206 2065
Emel: kameruzaman@lgm.gov.my
Malaysian Rubber Exchange
1. Di manakah letaknya Malaysia Rubber Exchange (MRE)?
Malaysian Rubber Exchange terletak di Tingkat 4, Bangunan Getah Asli (Menara), Lembaga Getah Malaysia, 148 Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur.
2. Apakah perkhidmatan-perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Malaysian Rubber Exchange?
Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Malaysian Rubber Exchange ialah:
- Pendaftaran Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu MRE
- Penyebaran harga getah sebanyak dua kali sehari iaitu harga rasmi jam 12.00 tengah hari dan harga penutup jam 5.00 petang
- Penyediaan kontrak- kontrak perdagangan getah sebagai rujukan oleh ahli-ahli MRE
- Penyediaan kemudahan penimbangtaraan bagi kes-kes pertikaian perdagangan getah
- Penyediaan aktiviti promosi dan sosial kepada ahli-ahli MRE bagi menggalakkan perhubungan perdagangan
- Mengeluarkan terbitan-terbitan MRE secara percuma kepada ahli-ahli MRE
3. Apakah perbezaan utama antara Ahli Biasa MRE dan Ahli Bersekutu MRE ?
Ahli Biasa MRE merupakan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan dan syarikatnya didaftarkan di Malaysia manakala Ahli Bersekutu MRE merupakan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di luar Malaysia.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Pengeluar, Peniaga, Broker dan Pengguna?
Kelas Pengeluar – Ahli-ahli yang sedang atau ingin menjalankan perniagaan sebagai penanam atau pengeluar getah.
Kelas Peniaga – Ahli-ahli yang sedang atau ingin menjalankan perniagaan sebagai peniaga, pembungkus, pengimport, pengeksport, penghantar atau kapasiti lain di dalam perdagangan getah atau industri lain yang tidak dinyatakan di atas.
Kelas Broker – Ahli-ahli yang sedang atau ingin menjalankan perniagaan sebagai brokers
Kelas Pengguna – Ahli-ahli yang sedang atau ingin menjalankan perniagaan sebagai pengusaha barangan getah.
5. Apakah syarat-syarat untuk menjadi Ahli Biasa MRE?
- Melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Memorandum & Articles of Association (M&A)
- Laporan kewangan dan akaun tahunan syarikat yang terkini
- Borang 24 dan Borang 49
- Surat pengesahan status akaun syarikat oleh bank
- Salinan lesen-lesen LGM
- Modal berbayar bagi syarikat Bumiputra adalah sebanyak RM300,000 manakala syarikat Asing atau Bukan Bumiputra sebanyak RM500,000.
- Mengemukakan pembayaran yuran-yuran seperti berikut melalui cek/kiriman wang/deraf bank atas nama “Lembaga Getah Malaysia”:
Yuran Kemasukan = RM 500
Yuran Tahunan = RM 500
Jumlah = RM 1,000
6. Apakah syarat-syarat untuk menjadi Ahli Bersekutu MRE?
- Melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Memorandum & Articles of Association (M&A)atau Partnership Agreement
- Laporan kewangan dan akaun tahunan syarikat yang terkini
- Surat pengesahan status akaun syarikat oleh bank
- Modal berbayar sebanyak RM500,000.
- Mengemukakan pembayaran yuran-yuran seperti berikut melalui cek/kiriman wang/deraf bank atas nama “Lembaga Getah Malaysia”:
Yuran Kemasukan = USD 220
Yuran Tahunan = USD 220
Jumlah = USD 440
7. Bagaimanakah cara untuk saya memohon menjadi Ahli Biasa Malaysian Rubber Exchange?
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian menerusi laman http://www3.lgm.gov.my/eMREMembership/
8. Bagaimanakah cara untuk saya memohon menjadi Ahli Bersekutu Malaysian Rubber Exchange?
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online menerusi laman http://www3.lgm.gov.my/mre/app_assoc.aspx
9. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan senarai pengeluar-pengeluar getah di Malaysia?
Senarai pengeluar-pengeluar getah di Malaysia boleh diperolehi melalui Malaysian Rubber Exchange Directory yang kini tersedia dalam bentuk online menerusi laman http://www3.lgm.gov.my/mre/pdf/MREDirectory.pdf
10. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan harga getah harian?
Harga getah harian Lembaga Getah Malaysia (MRB) boleh diperolehi dua kali sehari setiap Isnin dan Jumaat (kecuali cuti umum) iaitu harga getah rasmi pada jam 12.00 tengah hari dan harga penutup pada jam 5.00 petang. Harga-harga tersebut boleh diperolehi menerusi laman http://www3.lgm.gov.my/mre/daily.aspx
11. Apakah cara lain untuk mendapatkan harga getah rasmi LGM selain mengunjungi laman web LGM?
Pengguna boleh mendapatkan harga getah rasmi LGM melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip TGH dan hantar ke 36600 bagi harga dalam nilai sen/kg atau menaip NOON dan hantar SMS ke 36600 untuk harga getah dalam nilai USD.
Selain itu, pengguna juga boleh menelefon Bilik Perdagangan, Malaysian Rubber Exchange tepat jam 12.00 tengah hari dan 5.00 petang di talian 03-92062116, 03-2161 6591 atau 03-2161 6592.
12. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Carta Harga Getah Rasmi SMR 20 yang diterbitkan secara tahunan?
Pengguna boleh mendapatkan carta tersebut dengan mengisi borang yang boleh diperolehi menerusi laman http://www3.lgm.gov.my/mre/smrpricechart.aspx
Sila kemukakan borang tersebut bersama-sama bayaran RM50 bagi pembeli tempatan atau USD 35 bagi pembeli luar negara.
Ketua Unit
Malaysian Rubber Exchange
Tel: 03 9206 2091
Emel: ghazaly@lgm.gov.my