Sistem Aplikasi Lembaga Getah Malaysia (MRB)

*Sistem ini menggunakan Single Sign-On dengan menggunakan Active Directory Account
Online Depository System for RnD
*Online Depository System for RnD
Sistem ini berfungsi sebagai suatu pangkalan data yang menyimpan semua maklumat berkaitan penyelidikan di LGM. Ia juga membantu proses pemantauan semua projek penyelidikan.
Online Depository System for Services
*Online Depository System for Services
Sistem ini adalah untuk kegunaan pegawai LGM bagi merekodkan semua tugas harian dan projek yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LGM mengikut tahun.
Sistem EClaim
Elektronik sistem yang membolehkan kakitangan MRB untuk membuat tuntutan perjalanan di dalam dan di luar negara, wang pendahuluan, dan tuntutan elaun lebih masa. Sistem ini berintegrasi dengan Sistem Gaji MRB dan juga Sistem Perakaunan.
Portal Unit Pengurusan Sumber Manusia
Menyediakan semua maklumat berkaitan sumber manusia seperti garispanduan, PTK, jadual latihan dan juga borang-borang untuk di muat turun.
Sistem Maklumat Pelesenan
Sistem pelesenan ini memproses permohonan lesen baru, pembaharuan, pembatalan dan pindaan lesen getah.
Automatic Bank Reconciliation for CESS Collection
Sistem ini membantu Unit Kewangan & Akaun muntuk mengurus kutipan ces dan sistem ini secara automatik menyelaraskan akaun ces.
Sistem Maklumat Permit Eksport Getah
Memastikan unit terlibat dapat menggunakan maklumat yang terdapat pada permit pengeksportan getah dengan cepat dan mudah dalam membantu rakan dagang dari luar negara mendapatkan maklumat pengeksport dari Malaysia.
Sistem Penetapan Harga Getah
Sistem ini membantu unit Pasaran Getah untuk mengira harga getah berdasarkan sebutharga yang diberikan oleh Panel Penasihat Harga. Kesemua harga getah yang terkini akan dikemaskini secara automatik pada Portal Rasmi MRB.
Sistem Pelawaan Sebutharga/Tender
Sistem ini membantu Unit Pentadbiran untuk memaparkan tender & sebutharga yang terkini pada Portal Rasmi MRB. Sistem ini juga secara automatik memaparkan tender & sebutharga yang aktif berdasarkan tarikh tutup.
Sistem e-Rubber Manufacturer
Sistem ini dibangunkan untuk menyimpan data pengeluaran getah. Sistem ini membolehkan pengeluar getah untuk mengisytihar pembelian dan penggunaan produk getah serta sisa getah secara atas talian. Sistem ini juga membolehkan MRB untuk memantau dan mengawasi secara atas talian pengeluar dan peniaga getah supaya mematuhi peraturan MRB.
Sistem Pengurusan Aduan ICT
Sistem ini membantu Unit Teknologi Maklumat mengurus semua aduan berkaitan komputer di LGM.
E-Digest
This system helps the Economic Unit to upload the latest MRB’s Digest into MRB’s Official Portal. Sistem ini membantu Unit Ekonomi menaik turun LGM Digest yang terkini pada Portal Rasmi LGM.
Sistem Pengurusan Maklumat Makmal bagi Kandungan Getah Kering(DRC-eLiMS)
Sistem ini memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran keputusan ujian Kandungan Getah Kering (KGK) dan juga meminimakan kesalahan manusia melalui proses kerja yang automatik.
e-LITS3
Sistem ini dibangunkan untuk menyimpan data kaji selidik pekebun kecil yang terlibat dengan skim LITS3. e-LITS3 juga mampu untuk menghasilkan laporan yang boleh membantu para penyelidik dan Jawatankuasa Pemandu untuk membuat keputusan yang cepat.
Sistem e-WorksOrder
Sistem ini membantu pengurusan tempahan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Unit Khidmat Sokongan & Kejuruteraan.
Sistem Pemantauan Pengurusan Asset (SPPA)
Sistem ini dibangunkan khusus untuk pengurusan aset LGM berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007. Ini merangkumi aspek pengurusan aset/inventori seperti penerimaan, pendaftaran, penggunaan, pengesahan, penyelenggaraan, kehilangan dan pelupusan.
Sistem eMRE Keahlian Biasa
Mempercepatkan proses permohonan menjadi ahli MRE dan proses kelulusan bagi sesuatu permohonan.
e-Precision
Sebuah system yang berasaskan web dibangunkan oleh LGM bagi menganalisa data Program Ujian Kecekapan (ujian silang)(Proficiency Testing Program (Cross check)). Ciri-ciri inovasi system ini adalah berkebolehan untuk merawat data yang terkeluar(outlier data).
Sistem eMaklum
Memudah dan mempercepatkan proses memaklumkan status pembayaran bil kepada pihak pembekal melalui faksimili dan email.
e-Quality Management System (e-QMS)
e-Quality Management System
(e-QMS)
Menyokong proses pengurusan dokumen kualiti dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di LGM


UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan