Program A5

Khidmat Nasihat Teknikal (TAS)Pertanyaan
Khidmat Nasihat Teknikal (TAS)

LGM telah memperkenalkan Program A5 iaitu program Khidmat Nasihat Teknikal (TAS) interaktif. Program ini bertujuan untuk meningkatkan Produktiviti, Kecekapan dan Kualiti Pengeluar Produk berasaskan getah Malaysia. Program ini melibatkan lawatan interaktif selama kira-kira 3 hingga 5 hari di syarikat-syarikat yang berkenaan bagi membantu pengeluar produk getah Malaysia dalam memenuhi keperluan pelanggan mereka sama ada dari pelanggan tempatan mahupun eksport. Lawatan oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman dari LGM akan membantu syarikat dengan:

  • Mengenal pasti kawasan untuk pembaikan dan menawarkan penyelesaian teknikal secara hands-on untuk memperbaiki amalan kebiasaan yang dipraktikkan.
  • Memindahkan teknologi-teknologi terkini sedia ada.
  • Memperluas asas produk menggunakan peralatan yang sedia ada.
  • Meminimumkan sisa pembuatan dan penjimatan kos.
  • Mendidik tenaga kerja mengenai amalan pengeluaran yang baik.

Program bersama ini adalah atas dasar permintaan dari pihak pengeluar. Sejak program ini bermula pada tahun 2004, sebanyak 80 pengeluar telah mengambil bahagian dalam program A5 ini. 80 pengeluar terdiri daripada pengeluar tayar celup, pengilang IRG / GRG, pengeluar barangan ekstrusi, pengeluar sebatian getah, kasut dan pengeluar produk getah.:

Sebahagian daripada masalah kawasan yang dikenal pasti termasuk:

  • Masalah kekurangan kerja mahir
  • Penyebatian yang perlu diproses semula
  • Pengendalian bahan dalam proses
  • Kos-kos tersembunyi dari proses tersebut
  • Perbezaan dalam kelikatan kompaun dan kadar pemvulkanan
  • masalah Serakan bahan pengisi
  • Kekurangan pemahaman masalah
  • Penggunaan formula yang tidak efektif

UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS Feed RSS Feed          Bantuan